web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sasaran 30 Siri Program Jelajah Saya Digital Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 9:10PM

Fahmi Fadzil (tengah) ketika melancarkan Program Jelajah Saya Digital @ Lembah Pantai di sini hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 30 siri Program Jelajah Saya Digital dijangka dilaksanakan di seluruh negara pada tahun ini dengan sasaran 500 hingga 800 peserta bagi setiap siri.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata program anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) itu, dilihat mampu mewujudkan kesedaran tentang teknologi digital dan penyelesaian gaya hidup pintar dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata di mana sahaja destinasi program jelajah tersebut selepas ini, fokus akan diberikan kepada kawasan luar bandar iaitu kawasan yang kerajaan ingin bantu dari segi ekonomi digital.

“Saya juga ingin memberi fokus terutama di kawasan yang ramai anak mudanya mungkin menghadapi sedikit kesukaran untuk mencari kerja atau terlibat dalam bidang pekerjaan.

“Kita lihat banyak peluang yang ada, kita cuma perlu pergi bertemu dengan mereka,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Program Jelajah Saya Digital @ Lembah Pantai di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Datuk Seri Mohammad Mentek dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Mahadhir Aziz.

Program Jelajah Saya Digital @ Lembah Pantai merupakan siri jelajah pertama bagi tahun ini yang melibatkan lebih 20 reruai pameran daripada agensi kewangan dan usahawan program MDEC, serta menarik lebih 400 pengunjung terdiri penduduk sekitar, pelajar institut pengajian tinggi dan pelatih institusi kemahiran.

Jelajah tersebut memberi tumpuan kepada empat teras iaitu program Saya Digital Literasi, Perniagaan, Pendapatan dan Modal Insan dengan menyasarkan golongan seperti B40, graduan menganggur, warga emas, pelajar sekolah dan universiti, serta usahawan mikro, kecil dan sederhana.

Inisiatif Saya Digital juga telah mewujudkan program seperti eUsahawan, eRezeki dan Global Online Workforce (GLOW) bagi meningkatkan keupayaan usahawan mengguna pakai teknologi digital dan meningkatkan jualan serta pendapatan.

Turut dilancarkan pada majlis sama ialah Digital Ninja 2023,  program kepimpinan dan peningkatan skil digital dengan menyasarkan golongan muda berumur 11 hingga 17 tahun yang mempunyai bakat serta rekod cemerlang dalam bidang kreativiti digital dan solusi berinovasi.

Peserta Digital Ninja akan dibimbing menjadi tenaga mahir dan pemain industri digital yang akan menyumbang kembali kepada masyarakat setempat. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad