web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dr Zaliha Jumpa Doktor Kontrak Rabu Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 7:09AM

Dr Zaliha Mustafa berkata, sesi 'townhall' itu akan berlangsung pada 22 Februari depan di Dewan Serbaguna KKM di Putrajaya pada jam 4 petang - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengadakan sesi pendengaran umum (townhall) bersama doktor kontrak yang berkhidmat di hospital kerajaan.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, sesi itu akan berlangsung pada 22 Februari depan di Dewan Serbaguna KKM di Putrajaya pada jam 4 petang.

“Perancangan telah dilakukan, Insya-Allah adakan diadakan satu sesi ‘townhall’ bersama doktor (doktor kontrak) pada 22 Februari ini.

“Untuk sesi bersama perjawatan sektor kesihatan lain sedang diperinci dalam tempoh terdekat,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Sesi ‘townhall’ itu diadakan susulan kenyataan Hartal Doktor Kontrak di Facebook, kelmarin yang mendakwa Dr Zaliha masih belum bertemu dengan doktor kontrak biarpun sudah 76 hari menerajui kementerian tersebut.

Namun keadaan itu berbeza semasa Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Kesihatan pada 27 Ogos 2021.

Dakwa kumpulan itu, mantan Menteri Kesihatan terbabit bertemu dengan mereka pada hari ke-26 selepas menerajui KKM.

“Pada 2 Disember 2022, sudah 76 hari sejak itu, dan belum ada pertemuan dengan Hartal Doktor Kontrak atau doktor kontrak.

“Sebaliknya, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Kesihatan pada 27 Ogos 2021, dan pertemuan pertama antara Khairy dan Hartal adalah pada 21 September 2021 iaitu 26 hari selepas dilantik.

“Cukuplah. Jadi YB, berapa lama lagi harus kami menunggu untuk pertemuan kita?” soalnya.

Pada 26 Julai 2021, kumpulan doktor kontrak di hospital kerajaan mengadakan protes di seluruh negara bagi menggesa kerajaan melunaskan dua perkara iaitu menerima doktor kontrak sebagai pegawai tetap dan diberi peluang melanjutkan pelajaran.

Wakil doktor kontrak Hospital Kuala Lumpur yang mahu dikenali sebagai Dr Muhammad berkata, tindakan mereka bukan berniat berdemonstrasi dan penentangan sebaliknya memohon kerajaan memberi hak sama rata dengan pegawai berstatus tetap.

Tiga bulan kemudian media melaporkan Hartal Doktor Kontrak merancang meletak jawatan secara besar-besaran menerusi siri mogok kedua di seluruh negara pada Disember 2021, jika baki 22,288 doktor berkenaan tidak diserapkan ke jawatan tetap oleh kerajaan. 

Namun peletakan jawatan itu dinafikan wakil kumpulan terbabit dengan berkata, tindakan tersebut akan menjejaskan sistem perkhidmatan dan penyampaian kesihatan di hospital. 

Pada Ogos tahun lalu, KKM meluluskan 4,053 jawatan tetap bagi pegawai perubatan, farmasi dan pergigian kontrak.

Khairy berkata, penambahan jawatan secara tetap itu adalah paling tinggi sejak dasar kontrak dilaksanakan pada 2016. - Getaran, 18 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Hospital Kerajaan Kekurangan Peralatan, Bekalan Penting

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kementerian Komunikasi Kaji Gubal Akta Muzik

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sudahlah Mengaku Guna Kabel, Sempat Pula Ke Karaoke!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar