web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


LKAN: Hanya 28 Unit Ventilator Diperoleh Dapat Digunakan, KKM Rugi RM13.07 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 9:37AM

Nik Azman Nik Abdul Majid menunjukkan buku Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 pada sidang media di Jabatan Audit Negara - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendapati hanya 28 daripada 136 ventilator yang diperoleh Kementerian Kesihatan (KKM) melalui tatacara perolehan darurat dapat digunakan.

Menurut laporan itu, baki 108 unit ventilator dibekalkan sebuah syarikat yang hanya disebut sebagai 260790-T melalui perolehan tersebut, tidak dapat dapat digunakan kerana tidak sesuai dan tidak selamat digunakan kepada pesakit.

Susulan itu, KKM telah memulangkan hanya 15 daripadanya kepada pengilang, manakala tuntutan kerugian sebanyak RM13.07 juta bagi 93 unit lagi tidak dapat dilaksanakan kerana tidak terdapat sebarang dokumen perolehan antara syarikat 260790-T dan kementerian.

"Tiada sebarang dokumen berkaitan urus niaga perolehan ventilator dikemukan kepada Pihak Audit. Pihak Audit juga tidak dapat mengesahkan peranan dan tanggungjawab syarikat 260790-T sebagai syarikat yang menguruskan perolehan ventilator dan berurusan dengan pengeluar," menurut laporan itu. 

Terdahulu Ketua Audit Negara Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata hasil laporan audit mendapati 93 mesin ventilator di hospital kerajaan yang didapati tidak berfungsi adalah tidak memenuhi standard. 

Beliau berkata KKM dalam maklum balas memberitahu mesin berkenaan juga tidak boleh diubah suai kerana dibeli secara ‘off the shelf’ atau sedia ada dan tidak mempunyai jaminan, selain mesin itu juga pernah cuba dibaiki oleh pihak kontraktor tetapi tidak berjaya.

Laporan itu turut memaklumkan proses perolehan ventilator berkaitan mula dilaksanakan susulan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 Mac 2020 bersetuju memberi pengecualian kepada KKM untuk memperoleh 500 unit ventilator tambahan daripada syarikat 260790-T bagi memenuhi keperluan mendesak ketika itu.

Perolehan yang dianggarkan berjumlah RM50 juta itu, dibuat melalui tatacara perolehan darurat di bawah Pekeliling Perbendaharaan (PB) 3.3 dan Arahan Perbendaharaan 99.

Namun, berdasarkan rekod perolehan KKM, syarikat tersebut hanya dapat membekalkan 136 unit ventilator dengan kos perolehan berjumlah RM20.1 juta yang kemudian disemak semula menjadi RM24.07 juta pada 1 Sept 2020.

Dalam pada itu LKAN turut memaklumkan KKM telah membelanjakan sejumlah RM4.462 bilion bagi perolehan sebanyak 75.88 juta dos vaksin yang terdiri daripada vaksin Comirnaty, AstraZeneca, CoronaVac dan Convidecia hingga April tahun lepas.

Bagaimanapun, semakan audit mendapati daripada jumlah tersebut sebanyak 11.59 juta dos vaksin tidak digunakan dan 1.1 juta dos vaksin daripadanya telah luput tempoh jangka hayat antara satu hingga 212 hari.

Laporan tersebut turut menyebut KKM mempunyai lebihan stok alat perlindungan diri (PPE) yang ketara dan menyebabkan berlaku masalah penyimpanan serta berpotensi tidak dapat digunakan kerana stok luput hayat.

Oleh demikian, laporan itu mengesyorkan agar KKM mempertingkatkan tahap kesedaran penduduk dewasa dalam mengambil dos penggalak vaksin bagi meminimumkan dos vaksin luput tempoh hayat, serta menguruskan peralatan perubatan yang diperoleh secara darurat dengan lebih berkesan dan berhemah. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini