web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Pantau Pemberian Wang Ihsan Sampai Kepada Mangsa Banjir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 1:23PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan akan memantau pemberian wang ihsan supaya ia sampai tepat pada masanya kepada mangsa-mangsa terjejas banjir.

“Janji kita, sebelum mereka (mangsa banjir di pusat pemindahan sementara) pulang ke rumah masing-masing, mereka harus dapat dahulu (wang ihsan),” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) mengenai status pemasangan pam di kawasan Parlimen Rantau Panjang bagi menyelesaikan masalah banjir dan status pemberian wang ihsan kepada mangsa banjir yang masih belum diterima mereka.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata koordinasi telah dilakukan dengan pihak jawatankuasa bencana peringkat daerah.

“Mungkin mereka belum dapat lagi (peruntukan), kita akan pantau. Arahan ini telah kita lakukan kerana kita telah kenal pasti keluarga mana, kawasan mana yang dijangka banjir ataupun selalu banjir, maka peruntukan itu telah ‘diletakkan’ di tempat-tempat berkenaan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyalurkan bantuan sebanyak RM68 juta, masing-masing kepada Kelantan dan Terengganu.

Menjawab mengenai pemasangan pam berkuasa tinggi yang telah diluluskan peruntukannya bagi mengatasi banjir termenung di Kelantan, Ahmad Zahid berkata ia dalam proses pembelian oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Dalam pada itu, menjawab soalan asal Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) mengenai koordinasi kerajaan bagi memastikan tiada mangsa yang ketinggalan daripada mendapat bantuan bencana banjir, Ahmad Zahid berkata kerajaan tidak lagi boleh bekerja secara silo untuk menghadapi situasi banjir.

Beliau berkata kerajaan melalui NADMA sentiasa memastikan bantuan kepada mangsa banjir diberikan seawal mungkin tanpa mengira pentadbiran kerajaan negeri.

“Tetapi prasangka sering dilemparkan kepada NADMA dalam soal bantuan banjir, ketepikan soal warna politik yang berbeza, demi rakyat, demi kawasan luar bandar yang sering terkesan akibat banjir,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata pihaknya telah mengenal pasti sekolah di kawasan terlibat banjir bagi pembinaan dewan kekal untuk digunakan sebagai pusat pemindahan sementara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

3

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad