web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Episod Ganas Pesakit Mental Boleh Dielak, Perlu Rawatan Dan Jagaan Rapi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 9:04AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pesakit mental perlu menerima penjagaan dan rawatan sewajarnya bagi memastikan mereka dapat menguruskan diri sendiri atau situasi dialami.

Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Profesor Datuk Dr Andrew Mohanraj berkata, aspek berkenaan jika diberi perhatian rapi berupaya mengelakkan pelbagai episod keganasan, termasuk insiden tikam yang berlaku di Hospital Selayang, semalam.

Menurut beliau, suspek kes berkenaan dilaporkan mempunyai sejarah penyakit mental dan jelas mengalami kesukaran menguruskan emosinya.

“Walaupun kita tidak boleh menerima letusan emosi sedemikian, kita juga mesti menyedari bahaya boleh berlaku apabila pesakit mental tidak mendapat penjagaan diperlukan untuk menguruskan keadaan mereka dengan betul.

“Adalah wajar ditekankan di sini, kepentingan menyediakan akses penjagaan dan sokongan yang betul untuk pesakit mental, supaya insiden seperti ini dapat dielakkan pada masa hadapan,” katanya hari ini.

Datuk Dr Andrew Mohanraj
Datuk Dr Andrew Mohanraj

Dr Andrew menyatakan demikian sebagai mengulas insiden tikam di Hospital Selayang, dua hari lalu.

Dalam kejadian jam 3.45 petang itu, saksi mendakwa suspek yang berusia 22 tahun menikam bahagian pinggang mangsa menggunakan pisau.

Akibat daripada serangan tersebut, mangsa berusia 29 tahun itu mengalami kecederaan pada abdomen kiri dan kanan badan serta belakang badan.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan, manakala suspek diberi rawatan dan ditempatkan di Wad Psikiatri hospital yang sama.

Merujuk insiden berkenaan, Dr Andrew berkata, walaupun insiden terbabit amat dikesali, suspek berkemungkinan menghidap penyakit mental jangka panjang dan berada dalam keadaan kambuh ketika kejadian.

“Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mungkin tepat mengatakan bahawa kejadian tikaman itu tidak ada kaitan dengan kesesakan di wad dan kejadian itu boleh berlaku di mana-mana kerana pesakit sedang mengalami masalah kesihatan mental.

“Perlu diingatkan bahawa pesakit mental tidak semestinya lebih cenderung untuk menunjukkan keganasan daripada populasi umum,” tegasnya.

Beliau menarik perhatian, pesakit mental hanya cenderung bertindak ganas apabila keadaan mereka terjejas akibat ketidakpatuhan ubat atau disebabkan faktor lain yang menyebabkan tekanan melampau sehingga mencetuskan kambuh.

“Ia juga merupakan realiti bahawa pesakit mental lebih cenderung menjadi mangsa keganasan dan eksploitasi berbanding dengan masyarakat umum,” katanya, kesal.

Dr Andrew turut mengucapkan tahniah kepada Polis Selangor atas tindakan pantas memastikan suspek ditempatkan di wad psikiatri Hospital Selayang untuk rawatan dan penilaian, sementara menunggu siasatan kes.

“Sungguh melegakan apabila diketahui mangsa stabil selepas menjalani pembedahan walaupun mengalami kecederaan di bahagian perut dan belakang akibat serangan itu.

“Persatuan Kesihatan Mental Malaysia bersedia untuk menawarkan apa jua sokongan psikologi kepada mangsa yang telah melalui peristiwa yang sangat traumatik ini,” katanya. - Getaran, 16 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesakit Mental Ditahan, Disyaki Bakar 2 Bengkel Kenderaan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas Pesakit Mental Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Pengawal Keselamatan

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Cubaan Culik Kanak-Kanak, Suspek Disah Pesakit Mental

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Lelaki Berpaut Pada Treler Dipercayai Pesakit Mental - Polis Pahang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam