web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu ICT Hospital Selayang Sudah Membarah, Perlu Diselesai Segera

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 9:04AM

Dr Zaliha Mustafa - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu membabitkan sistem teknologi maklumat (ICT) di Hospital Selayang berpunca daripada masalah lama yang sudah menjadi ‘barah’ dan perlu ditangani segera.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau telah mendapat taklimat terperinci daripada pihak hospital terbabit dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) bagi memahami masalah tersebut yang berlarutan sejak sekian lama.

“Isu melibatkan ICT di Hospital Selayang sememangnya di dalam radar perhatian saya. Beberapa sesi libat urus dan perbincangan telah dilaksanakan.

“Terkini, saya telah mendapat taklimat terperinci daripada pihak Hospital Selayang dan wakil JKNS bagi memahami punca masalah yang lama ‘membarah’ di hospital berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal kesihatan yang mendakwa Hospital Selayang yang dijadikan hospital tanpa kertas, menghadapi kegagalan dan kemerosotan sistem rekod perubatan elektronik (EMR).

Laporan itu mendakwa kakitangan hospital terbabit terpaksa merekod data pesakit secara manual dan sistem berbeza yang diwujudkan berada dalam keadaan kucar-kacir.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, masalah tersebut bukannya isu baharu tetapi diwarisi daripada pentadbiran terdahulu.

“Namun, dengan tekad, peruntukan kewangan dan masa yang selayaknya, ia mesti diselesaikan.

“Insya-Allah, menjiwai teras kemampanan dan kesejahteraan Malaysia Madani, saya meletak iltizam kukuh memastikan Hospital Selayang kembali gemilang sebagai sebuah hospital contoh untuk rantau Asia Tenggara seperti sebelum ini,” katanya. - Getaran, 16 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Diberi 4 Bulan Laksana Pemutihan Peniaga Tanpa Lesen - Dr Zaliha

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

4

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad