web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Khairy Teruja Sertai JDT, ‘Menjunjung Kasih Tunku Mahkota Johor’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 5:57PM

Khairy akan membantu merealisasikan hasrat Tunku Ismail untuk memperkasakan pembangunan belia Bangsa Johor. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini meluahkan keterujaan menyertai kelab bola sepak, Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai ahli lembaga pengarahnya.

Khairy berkata, beliau akan menggunakan pengalaman dimilikinya untuk membantu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam visi untuk menjadikan JDT kelab bola sepak paling unggul di benua Asia.

“Menjunjung setinggi-tinggi kasih terhadap Tunku Ismail atas perkenan Tuanku melantik saya sebagai Penasihat Belia Johor dan ahli Lembaga Pengarah JDT.

“Saya amat teruja untuk menyertai kelab JDT yang merupakan kelab bola sepak terbesar di Asia Tenggara serta mempamerkan prestasi cemerlang pada setiap musim perlawanan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Khairy berkata, beliau juga akan membantu merealisasikan hasrat Tunku Ismail untuk memperkasakan pembangunan belia Bangsa Johor.

Jelasnya, usaha itu akan dilakukan melalui pendidikan, latihan, keusahawanan, kebajikan dan juga memberi perlindungan sewajarnya kepada remaja dan kanak-kanak.

“Insya-Allah saya akan membalas kepercayaan ini dengan usaha yang bersungguh-sungguh demi kecemerlangan berterusan JDT dan pemerkasaan belia Johor,” katanya.

Awal hari ini, Tunku Ismail mengumumkan pelantikan Khairy sebagai Penasihat Belia Johor dan ahli Lembaga Pengarah JDT.

Tunku Ismail berpandangan, pengalaman luas Khairy dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia dan kemajuan bola sepak Johor.

Sebelum ini, timbul ura-ura mendakwa Khairy bakal menyertai pengurusan JDT susulan satu hantaran dibuat Tunku Ismail di laman Instagram miliknya.

Hantaran itu sedikit sebanyak menghangatkan lagi suasana politik tanah air, selepas Khairy yang juga mantan Ahli Parlimen Rembau dipecat daripada UMNO pada 27 Januari lalu.

“Bakal CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) JDT dan penasihat belia Johor,” tulis Tunku Ismail yang turut memuat naik gambar beliau bersama Khairy, sehari selepas pemecatan tersebut.

Bulan lalu, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan pemecatan Khairy dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar kerana pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Malah awal pagi tadi, Khairy juga sudah memulakan tugas baharunya sebagai penyampai radio di Hot FM. - Getaran, 15 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam