web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Kejadian Gempa Bumi Di Sabah, Sarawak - MetMalaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 4:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (METMalaysia) menafikan berlaku bencana gempa bumi di Sabah dan Sarawak pada kelmarin dan semalam sebagaimana yang tular di media sosial.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, pemantauan aktiviti seismik dan kejadian gempa bumi berterusan 24 jam yang dijalankan jabatan itu tidak mengesan sebarang bencana tersebut di kedua-dua negeri berkenaan.

“MET Malaysia melaksanakan pemantauan berterusan 24 jam aktiviti seismik dan kejadian gempa bumi di Malaysia dan di seluruh dunia. 

“Sehingga hari ini, tiada gempa bumi dikesan berlaku di Sabah dan Sarawak pada 13 dan 14 Februari 2023,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dengan video tular itu dan sentiasa merujuk kepada sumber sahih.

“Maklumat gempa bumi boleh dirujuk di semua media sosial MET Malaysia dan laman web rasmi pada patan mygempa.met. gov.my,” katanya.

Terdahulu, sebuah video yang tular menerusi aplikasi TikTok mendakwa Sabah dan Sarawak berpotensi dilanda gempa bumi pada 13 dan 14 Februari.

Mengulas lanjut, Muhammad Helmi berkata, sehingga kini tiada peralatan dan kaedah saintifik terbukti secara sahih dapat meramalkan kejadian gempa bumi, sama ada bermagnitud kecil atau besar. 

“Kejadian gempa bumi berlaku disebabkan pergerakan mengejut permukaan bumi di sepanjang garis sesar atau di atas persempadanan plat tektonik.

“Namun, gempa bumi juga boleh berlaku disebabkan aktiviti gunung berapi. Semakin besar magnitud gempa bumi tersebut, semakin besar kemusnahan yang dibawa,” katanya. - Getaran, 15 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Cuaca Panas, Kurang Hujan Di Kebanyakan Tempat Hingga 25 Januari - MetMalaysia

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 6 Negeri Hingga Malam Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Malaysia Sedia Hulurkan Bantuan - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad