Berita Terkini

2 jam yang lalu: Dana jaminan pembiayaan SJKP ditingkatkan daripada RM3 bilion kepada RM5 bilion - PM 2 jam yang lalu: Kerajaan setuju lanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam SSPN sehingga 2024 - PM 2 jam yang lalu: Kebakaran: Kematian wanita OKU kerana lemas terhidu asap - polis 2 jam yang lalu: Kerajaan setuju beri sagu hati RM300 kepada 200,000 anggota Rela, sukarelawan APM, sukarelawan polis dan sukarelawan bomba - PM 2 jam yang lalu: 995,396 kuota pekerja asing diluluskan sehingga 14 Mac

IKUTI KAMI


Pasukan Pembelaan LGE Tunggu Nota Prosiding, Perbicaraan Ditangguh 1 Mac

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 2:29PM

Guan Eng menghadapi pertuduhan pindaan menggunakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Percubaan pasukan pembelaan Lim Guan Eng untuk mengemukakan bukti bagi menyangkal keterangan saksi terdahulu yang mendakwa Ahli Parlimen Bagan itu menerima sogokan bernilai RM2 juta untuk projek terowong dasar laut Pulau Pinang masih samar.

Ketua peguam bela, Gobind Singh Deo berkata, permohonannya untuk mendapatkan nota prosiding daripada sesi mahkamah Shah Alam berhubung kes penipuan RM19 juta sebelum ini membabitkan ahli perniagaan G Gnanaraja dan Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli masih berstatus sedang diproses oleh mahkamah.

Mengambil maklum bahawa permohonan untuk mendapatkan transkrip mahkamah berhubung perbualan WhatsApp antara Gnanaraja dan Zarul telah difailkan pada 9 Februari lalu, Gobind meminta perbicaraan hari ini berhubung bidaan pasukan pembelaan untuk mengemukakan bukti tambahan pada sesi mahkamah di sini ditangguhkan.

“Testimoni saksi (mantan naib presiden kanan kewangan dan perkhidmatan korporat CZCSB) Azli Adam di Shah Alam adalah sangat penting untuk kes kami di sini kerana ia akan menunjukkan bahawa RM2 juta (yang dibincangkan antara Gnanaraja dan Zarul) tiada apa-apa kaitan dengan (Guan Eng).

“Selain menunjukkan saksi dalam kes ini berbohong, mesej WhatsApp juga akan menunjukkan bahawa pihak pendakwaan telah menyekat bukti dengan gagal memaklumkan mahkamah di sini (mengenai butiran) kes di Shah Alam.

“Ini sangat berbahaya, dan harus ada keputusan tentang bagaimana tindakan mereka (pendakwaan) telah menjejaskan kes pembelaan,” kata Gobind semasa penghujahannya.

Sebagai maklum balas, pihak pendakwaan yang diketuai oleh Wan Shaharudin Wan Ladin berkata, mereka tidak berasa ragu-ragu perbicaraan hari ini ditangguhkan.

Hakim Azura Alwi kemudian menetapkan semula tarikh perbicaraan pada 1 Mac depan.

Kes di Shah Alam itu menyaksikan Gnanaraja pada mulanya didakwa menipu Zarul sebelum dia mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif di bawah Akta Syarikat 2016 dan dikenakan denda RM230,000 atas pertuduhan mengikut Seksyen 218(1)(A) akta itu.

Azli yang merupakan saksi pendakwaan dalam kedua-dua kes, memberi keterangan di sini tahun lalu bahawa dia dimaklumkan bahawa wang syarikat itu telah dibayar kepada Guan Eng sebagai rasuah, walaupun dia tidak menyaksikan sendiri transaksi tersebut.

Gobind, bagaimanapun berhujah bahawa Azli, bersama mantan Pengarah Eksekutif Kanan CZCSB, Ibrahim Sahari berbohong kepada mahkamah ketika itu dengan memaklumkan mahkamah Shah Alam bahawa Zarul memberitahu mereka wang itu untuk orang lain dan bukannya Guan Eng.

Sebelum ini, peguam bela telah mengaitkan seorang mantan Perdana Menteri sebagai penerima sebenar rasuah berkaitan projek itu, dengan Gobind menegaskan bahawa individu terbabit pada 2017 telah menerima wang daripada Gnanaraja dan Zarul.

Guan Eng menghadapi pertuduhan pindaan menggunakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta bagi membantu Konsortium Zenith BUCG, milik Zarul, memperoleh projek terowong dasar laut, bernilai RM6,341,383,702, antara Januari 2011 dan Ogos 2017.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, yang didakwa dilakukan pada Mac 2011, Guan Eng dituduh meminta rasuah berjumlah 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh syarikat Zarul, sebagai suapan kerana membantu syarikat itu mendapatkan projek berkenaan.

Guan Eng juga menghadapi dua pertuduhan menyebabkan dua bidang tanah, bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang, dilupuskan kepada dua syarikat yang dikaitkan dengan projek terowong dasar laut negeri itu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, tingkat 21, Komtar, pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017. - The Vibes, 15 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Guan Eng Hantar Notis Tuntutan, Muhyiddin Ada 7 Hari Untuk Mohon Maaf

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kenyataan Guan Eng Tidak Sentuh Intipati Saya Nyatakan - Muhyiddin

4

Semasa 2 minggu yang lalu

‘Muhyiddin Diberi Masa Hingga Rabu Depan Untuk Minta Maaf, Jika Tidak…’

Sorotan

1

Henti Pelepasan Cukai Pencarum SSPN Kurang Tepat, ‘Saya Beri 3 Sebab’ - Syed Saddiq

2

Projek Pasar Chow Kit Tidak Pernah Terbengkalai, Dijangka Siap 2025

3

Tubuh Task Force Selaras Agihan Bantuan Dengan YKN Di Setiap Negeri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kemuka Permohonan Bertulis Untuk Bahas Laporan Polis Wan Fayhsal

oleh Qistina Nadia Dzulqarnain

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 27 Individu Jadikan 4 Unit Rumah Tempat Edar Dadah

Semasa 20 jam yang lalu

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

Semasa 1 hari yang lalu

Rais Kekal Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu - Ahmad Zahid