web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JPJ Tambah Baik Ciri Keselamatan Aplikasi MyJPJ, Portal Awam JPJ

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 11:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menambah baik ciri keselamatan dan mesra pengguna bagi aplikasi MyJPJ dan portal awam JPJ yang boleh diakses secara berperingkat mulai hari ini, mengikut sistem operasi telefon masing-masing (Android, IOS dan Huawei).

Ketua Pengarahnya Datuk Zailani Hashim berkata antara penambahbaikan itu termasuk memperkenalkan sekuriti peringkat ketiga menggunakan lapan aksara terakhir yang tertera di belakang lesen memandu untuk pendaftaran JPJeID dalam talian.

Katanya, ia merupakan tambahan kepada dua peringkat sekuriti sedia ada iaitu kata laluan dan kod TAC.

“(Selain itu), menambah fungsi bagi mendapatkan semula akaun pengguna melalui lapan aksara terakhir lesen memandu.

“Ini adalah penyelesaian kepada isu ‘telah mendaftar’ disebabkan pengguna sebelum ini mempunyai akaun di portal rakan strategik JPJ yang berintegrasi dengan sistem JPJ,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

JPJ turut menambah fungsi ‘penetapan semula emel’ bagi pengguna yang terlupa emel digunakan atau perlu mengemas kini emel secara dalam talian dengan tambahan lapan aksara lesen memandu.

Menurut kenyataan itu, penambahbaikan tersebut dilaksanakan setelah menerima pelbagai maklum balas daripada orang ramai mengenai penggunaan aplikasi MyJPJ dan portal awam JPJ, susulan pengenalan Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) dan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM).

Kenyataan itu memaklumkan Kementerian Pengangkutan juga sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bagi memastikan aspek keselamatan siber aplikasi MyJPJ terjamin.

Orang ramai boleh mengajukan sebarang pertanyaan ke emel [email protected] atau menghubungi talian hotline JPJ di 03-27242522. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Cukai Jalan, Insurans Tamat Tempoh, JPJ Kedah Sita ‘Vellfire’ Pemain Bola Sepak Kebangsaan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

JPJ KL Lelong 124 Kenderaan, Kutipan Cecah RM237,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

4

Semasa 2 tahun yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar