web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Sasar Pasang 10,000 Stesen Pengecas EV Menjelang 2025 – Nik Nazmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 8:15PM

Pada masa ini terdapat lebih 10,000 EV berdaftar di Malaysia dan 900 pengecas EV awam - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Malaysia menyasarkan untuk memasang 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) menjelang 2025.

Katanya, sasaran itu ditetapkan menerusi Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030.

Beliau berkata, pada masa ini terdapat lebih 10,000 EV berdaftar di Malaysia dan 900 pengecas EV awam.

“Kementerian turut komited untuk meningkatkan penjanaan elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui melalui Pelan Pembangunan Penjanaan Pembekalan Elektrik 2021-2039.

“Kementerian juga komited memperkasakan grid dan membangunkan ekosistem EV,” katanya pada Persidangan EV di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Program Pejabat Pengurusan Projek Kenderaan Elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB), Mohd Junaizee Mohd Noor selepas sesi perbincangan panelis pada persidangan sama berkata, pihaknya memperuntukkan RM90 juta bagi membina kemudahan stesen pengecas pantas arus terus (DC) kenderaan elektrik (EV) di seluruh Malaysia dalam tempoh dua tahun.

Ujarnya, terbaharu, TNB sudah membina tiga stesen pengecas di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh di Melaka, Tapah (Perak) dan Paka (Terengganu).

“Kita sasar untuk membina tujuh lagi stesen pengecas DC di Malaysia sehingga akhir tahun ini di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

“Insya-Allah, hujung tahun ini TNB akan memiliki 10 stesen pengecas DC EV di sepanjang lebuh raya,” katanya.

Mohd Junaizee berkata, TNB dalam perancangan membina stesen pengecas DC EV di jalan raya utama.

“TNB komited dalam memupuk keyakinan pengguna EV untuk perjalanan jarak jauh dan tidak ragu-ragu apabila berdepan masalah kehabisan bateri di lebuh raya.  

“Dengan adanya stesen pengecas DC ini, kita mahu kurangkan kebimbangan dan menggalakkan penggunaan EV pada masa depan,” katanya.

Ditanya mengenai cabaran terpaksa dihadapi TNB dan penyedia perkhidmatan pengecasan EV di Malaysia, beliau berkata, antara kekangannya adalah kelulusan yang perlu diterima daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi pelbagai bentuk dan jenis stesen pengecasan.

“Setiap PBT mempunyai peraturan tersendiri dan ia harus diselaraskan dalam masa terdekat bagi memastikan masalah ini dapat diatasi.

“Saya harap dengan penyelarasan di seluruh negara, tempoh bagi kelululusan daripada PBT boleh disingkatkan sehingga kepada dua bulan sekurang-kurangnya,” katanya.

Selain daripada masalah melibatkan PBT, jelasnya, TNB menghadapi masalah seperti ruang atau tempat untuk pemasangan stesen tersebut.

Justeru, Mohd Junaizee berkata, TNB terbuka untuk menjalin kerjasama dengan syarikat tempatan yang berminat menyediakan tempat, manakala pihaknya pula akan menyalurkan tenaga elektrik.

TNB, katanya, berpandangan selain kekurangan infrastruktur, industri EV juga dihimpit masalah kemampuan mampu milik kenderaan EV, kekurangan mekanik, polisi mesra EV dan subsidi minyak tinggi. – Getaran, 14 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

TNB Santuni 50 Keluarga Masyarakat India Di Lembah Pantai 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Bekalan Elektrik Di CIQ BSI Pulih Sepenuhnya Pada 9.15 Pagi - TNB

4

Semasa 2 tahun yang lalu

TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Sekitar Gong Badak

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad