web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dewan Rakyat: PM Akan Jawab Soalan Ahli Parlimen Setiap Selasa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 12:09PM

Anwar Ibrahim - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab sendiri Sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) setiap Selasa pada mesyuarat Dewan Rakyat kali ini, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul.

Katanya, Perdana Menteri akan menjawab tiga soalan ketika waktu itu, bermula hari ini.

Johari Abdul - Gambar dari Jabatan Penerangan
Johari Abdul - Gambar dari Jabatan Penerangan

“Sementara MQT pada setiap Khamis akan dijawab Menteri-Menteri.

“Pemakluman akan dibuat jika terdapat sebarang perubahan pada peraturan itu,” katanya sebelum sesi berkenaan bermula pada hari kedua Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat hari ini.

Perkara itu turut diberitahu Anwar menerusi hantaran di Facebook pagi ini.

“InsyaAllah pagi ini buat kali pertama saya akan menjawab soalan Ahli-Ahli Parlimen dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat.

“Untuk pengetahuan semua, sesi ini akan diadakan pada setiap hari Selasa pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15,” katanya.

Johari berkat, sesi PMQ memerlukan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat sebelum digazetkan sebagai sesi tetap sidang Dewan Rakyat.

Mengulas mengenai langkah pencegahan COVID-19 memandangkan kes virus itu masih dilaporkan di negara ini, Johari berkata, semua Ahli Parlimen digalak memakai pelitup muka sepanjang sesi Dewan Rakyat.

Ujarnya, aktiviti sanitasi turut dilaksanakan secara berkala di Parlimen mencegah penularan itu.

Pada masa sama, Dewan Rakyat menyaksikan kelonggaran etika pemakaian, iaitu tidak mewajibkan Ahli Parlimen memakai tali leher, selain pemakaian Batik berlengan panjang pada setiap Khamis ke sesi itu, seperti diumumkan sebelim ini, diteruskan. – Getaran, 14 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad