web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gempa: Cuaca Sejuk Tidak Halang Pasukan SAR Negara Teruskan Misi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 9:06AM

Pasukan SAR negara dengan kerjasama penyelamat tempatan berjaya menemui dan mengeluarkan dua mangsa di bawah runtuhan bangunan susulan gempa bumi di Nurdagi, Turkiye. - Gambar dari Facebook NADMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GAZIANTEP (Turkiye) - Biarpun berdepan dengan cuaca sejuk yang melampau, namun ia bukan penghalang untuk pasukan mencari dan penyelamat (SAR) Malaysia meneruskan misi mencari mangsa gempa bumi Turkiye di Nurdagi, di sini.

Pengarah Bahagian Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin, berkata sebaliknya kesemua anggota pasukan terus bersemangat tinggi dan bermotivasi, lebih-lebih lagi selepas berjaya mengeluarkan lima sekeluarga yang terperangkap dalam runtuhan bangunan, Sabtu lepas.

“Alhamdulillah, walaupun berhadapan cuaca sejuk melampau sehingga mampu mencecah paras -10 darjah Celcius apabila tiba waktu malam, namun anggota pasukan SAR kita masih bersemangat tinggi.

“Kita akan menghantar lebih banyak barangan keperluan untuk kegunaan mereka bagi menghadapi cuaca sejuk itu,” katanya kepada Bernama dan RTM selepas melakukan lawatan ke pusat operasi pasukan SAR negara, di Stadium Nurdagi, di sini, semalam.

Dalam lawatan berkenaan, Mohd Khairi turut meninjau khemah operasi pasukan serta menerima taklimat mengenai operasi SAR.

Selain itu, Mohd Khairi turut menyampaikan barangan keperluan seperti pakaian sejuk tambahan, selimut tebal dan barangan makanan untuk kegunaan pasukan SAR negara.

Gempa bumi besar berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria pada Isnin lepas telah meragut ribuan nyawa dengan kesan gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.

Turkiye pada Selasa minggu lepas mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah iaitu Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa bagi memastikan misi SAR berjalan lancar. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi