web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Inisiatif Rahmah Mungkin Diperluas Libatkan Sektor Korporat, Perbankan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2023 6:11PM

Salahuddin Ayub berkata kerajaan mendapat banyak maklum balas positif berhubung inisiatif itu melalui sesi libat urus bersama pengusaha industri makanan serta pakaian, justeru beliau yakin reaksi sama akan turut diberikan sektor korporat dan perbankan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mempertimbang untuk memperluaskan lagi inisiatif Rahmah bukan sahaja dalam industri makanan tetapi turut melibatkan sektor korporat dan perbankan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kerajaan mendapat banyak maklum balas positif berhubung inisiatif itu melalui sesi libat urus bersama pengusaha industri makanan serta pakaian, justeru beliau yakin reaksi sama akan turut diberikan sektor korporat dan perbankan.

"Kalau kita pergi nanti (libat urus) kepada sektor korporat yang lebih besar seperti Petronas, Sime Darby dan syarikat berkaitan kerajaan serta bank, saya yakin lebih banyak syarikat akan tampil membantu kerajaan menangani kos sara hidup," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Menu Rahmah oleh Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) di restoran Nasi Kandar Stadium di sini, yang merupakan sebahagian daripada Jelajah Menu Rahmah seluruh negara. Turut hadir Timbalannya Fuziah Salleh.

Inisiatif Menu Rahmah yang menawarkan makanan pada harga RM5 dan ke bawah dilancarkan pada Januari lepas sebagai antara usaha kerajaan menangani kenaikan kos sara hidup.

Ditanya bila sesi libat urus dengan sektor perbankan dan korporat berkenaan akan dijalankan, Salahuddin berkata kementerian masih mempunyai tempoh empat bulan lagi untuk berbuat demikian.

Mengulas tentang ramalan sesetengah pihak yang menyatakan inisiatif Menu Rahmah hanya mampu bertahan tiga bulan sahaja, Salahuddin berkata pihaknya tidak menetapkan sebarang indeks prestasi utama (KPI) berhubung perkara itu.

"Kita tidak mengambil itu sebagai KPI, apa yang penting ketika ini adalah kerajaan khususnya kementerian mengambil pendekatan terbaik untuk memastikan tidak ada rakyat Malaysia yang berlapar.

"Selagi mana kebajikan ini sanggup diteruskan oleh pemain industri, sepanjang itulah Menu Rahmah akan dapat diberikan kepada rakyat dalam negara kita," katanya. 

Salahuddin berkata pelaksanaan inisiatif Menu Rahmah juga tidak melibatkan sebarang peruntukan ataupun perbelanjaan daripada kerajaan, sebaliknya ia adalah komitmen sepenuhnya peniaga yang menyertainya secara sukarela. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Menu Rahmah Jadi Buruan, Bantu Rancakkan Perniagaan Kedai Makan

2

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Kos Sara Hidup Terus Jadi Tumpuan Kerajaan - Rafizi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

4,000 Mahasiswa Terima Manfaat, Hampir Semua Kafeteria UMT Laksana Menu Rahmah

4

TARA 3 tahun yang lalu

Menu Rahmah Satukan Semua, Tidak Kira Latar Belakang Ekonomi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan