web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Kesan 2 Produk Kosmetik Beracun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2023 10:22AM

Produk Karisma Turmeric Booster Cream dan Flashhskinzz Treatment Cream diarahkan dihentikan penjualan dan pengedaran serta merta. - Gambar dari Facebook KKM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti dua produk kosmetik di pasaran tempatan yang mengandungi racun berjadual, merkuri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata produk itu adalah Karisma Turmeric Booster Cream dan Flashhskinzz Treatment Cream.

Katanya, susulan pengesanan itu, notifikasi produk berkenaan sudah dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan penjualannya dilarang di pasaran negara.

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah

“Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. la boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang serta sistem saraf.

“la juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebaban ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya menerusi hantaran di Facebook KKM.

Beliau berkata, penjual dan pengedar produk kosmetik itu perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.

Ujarnya, penjualan dan pengedaran produk kosmetik itu adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Dr Noor Hisham berkata, individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

Manakala, katanya, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan untuk kesalahan berikutnya.

Jelasnya, bagi syarikat yang melakukan kesalahan itu, ia boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

“Orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya, selain mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

“Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) KKM, www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun aripada Google Play Store,” katanya. - Getaran, 13 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar