web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pencemaran Bau: Loji Kembali Beroperasi, Air Disalur Berperingkat Ke 1,337 Kawasan Terjejas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2023 11:40AM

4 logi rawatan air di Selangor yang dihentikan tugas susulan insiden pencemaran bau, kini sudah beroperasi sepenuhnya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat loji rawatan air (LRA) di Selangor yang dihenti tugas sementara sejak tengah malam tadi disebabkan insiden pencemaran bau yang dikesan di muka sauk LRA Rantau Panjang, kini sudah beroperasi sepenuhnya.

Air Selangor menerusi kenyataannya memaklumkan, ia membabitkan LRA Rantau Panjang, LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), LRA Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3).

Susulan pengorperasian semula itu, katanya, bekalan air terawat bersih dan selamat sudah mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna di semua wilayah terjejas, iaitu di Petaling, Gombak, Klang, Shah Alam, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Selangor serta Kuala Langat bermula pada jam 6.30 pagi hari ini.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” menurut kenyataan itu.

 Pada masa sama, Air Selangor berkata, pihaknya terus giat menggerakkan lori tangki air ke kawasan terlibat bagi memberikan bantuan bekalan sumber asas itu kepada pengguna terjejas.

Katanya, keutamaan diberikan kepada premis kritikal, seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian di sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

Selain itu, Air Selangor memberitahu, perkembangan berkaitan dengan insiden terbabit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium, khususnya media massa.

“Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami, seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

“Pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan terjejas di https://hentitugas.airselangor.com/ serta menerusi aplikasi Air Selangor,” katanya.

Terdahulu, sejak tengah malam tadi, segelintir pengguna di Selangor berdepan masalah ketiadaan bekalan air selepas empat LRA itu ditutup sementara.

Penutupan itu susulan kenyataan rasmi daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengenai insiden pencemaran bau dikesan di muka Rantau Panjang (LRA Rantau Panjang).

Jelasnya, berikutan henti tugas LRA Rantau Panjang, LRA SPP1, LRA SSP2 dan LRA SSP3 itu, lapan wilayah Air Selangor, iaitu Petaling membabitkan 370 kawasan, Kuala Selangor (280), Gombak (279), Klang dan Shah Alam (189), Kuala Lumpur (186), Hulu Selangor (30) serta Kuala Langat (tiga) dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. – Getaran, 12 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek