web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahasiswa, Pelajar Bebas Beri Pandangan, Tegur Kerajaan - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2023 8:25PM

Ini bagi memastikan golongan itu memiliki pemikiran kritikal selain mewujudkan suasana universiti yang lebih segar. - Gambar oleh Norman Goh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahasiswa dan pelajar di negara ini bebas untuk menyuarakan pandangan mereka termasuk memberi kritikan dan menegur kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini bagi memastikan golongan itu memiliki pemikiran kritikal selain mewujudkan suasana universiti yang lebih segar.

Beliau berkata perkara itu juga telah disampaikan kepada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

“Mereka juga sudah buka ruang terutama Kementerian Pendidikan Tinggi supaya universiti lebih segar dalam membolehkan sesuatu pandangan itu diberikan melainkan hal-hal yang mencerca, (bersifat) perkauman atau fahaman agama yang melampau.

“Selain itu, (mereka) diberi kebebasan termasuk (menyuarakan) teguran atau kritikan terhadap Perdana Menteri iaitu kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan Tabung Pelajar Antarabangsa AbuSulayman (AISF) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini. 

Sementara itu, Anwar dalam ucapannya berkata institusi pendidikan di Malaysia harus meninggalkan kaedah lama dan sudah ketinggalan zaman yang menyaksikan para pelajar disekat daripada menggunakan hak mereka untuk menjadi kritikal.

Beliau berkata sekolah dan universiti perlu membenarkan kritikan berdasarkan fakta dan alasan yang munasabah bagi memupuk kreativiti serta pemikiran dalam kalangan pelajar.

“Bagaimanapun, perkara itu perlu dilakukan dengan syarat mereka tidak ambil mudah sebarang isu, kritikan perlu dilakukan melalui wacana berdasarkan logik... Ini bermakna anda perlu memiliki pemahaman, anda perlu belajar dan melihat kritikan lain sebelum melontarkan kritikan anda,” katanya.

Pada majlis itu, Anwar yang juga bekas Presiden UIAM menyaksikan penyerahan sumbangan dana tambahan untuk AISF UIAM daripada keluarga bekas Rektor Kedua UIAM Allahyarham Profesor Emeritus Datuk Dr Abdul Hamid Abu Sulayman.

Turut hadir Rektor UIAM Profesor Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sterling Management Group Dr Yaqub Mirza.

Sumbangan bernilai US$300,000 diserahkan kepada Dzulkifli bagi membantu pelajar antarabangsa dari pelbagai negara yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan dalam bentuk wang sara hidup. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad