web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


ASEAN Patut Gantung Keahlian Myanmar - PM 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2023 12:43PM

Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucaptama di The Future Of ASEAN di Bangkok, hari ini. - Gambar dari PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK – ASEAN seharusnya menggantung keahlian Myanmar daripada blok itu buat masa ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucaptama di Future ASEAN hari ini.

Bercakap di majlis anjuran Dewan Perniagaan Malaysia - Thailand itu, Anwar menjelaskan, konflik dan kekejaman dilakukan ke atas etnik minoriti di Thailand, seperti Rohingya telah memberi kesan kepada negara anggota yang lain.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

“Kita patut gantung Myanmar buat masa ini dan saya tidak fikir isu Myanmar patut menjejaskan pergerakan kita. Adalah lebih baik jika kita memiliki kesepakatan, memberi mesej yang kuat kepada rejim Myanmar.

“Kamu (Myanmar) berhak memiliki dasar domestik dan keutamaan sendiri tetapi tidak ada negara ketika ini yang patut mengamalkan sebarang diskriminasi, meminggirkan atau mengancam rakyat, atau lebih buruk melakukan keganasan ke atas mereka,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh oleh komuniti perniagaan di Bangkok.

“Diharapkan kita akan mengambil peluang ini. Sebenarnya ASEAN secara diplomatik telah berulangkali menegaskan pendirian (dalam isu ini) tetapi tidak berjaya.”

Perdana Menteri menegaskan ASEAN sejak dahulu amat mementingkan kebebasan dan menolak campur tangan negara dari rantau lain, termasuk kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan Eropah serta beberapa pertubuhan antarabangsa.

Bagaimanapun jelas Ahli Parlimen Tambun itu, negara ASEAN perlu ‘membersihkan’ rumah mereka terlebih dahulu sebelum negara luar melangkah masuk bagi menangani kezaliman dilakukan junta Myanmar.

“Malangnya, kita perlu berdepan dengan pergolakan Myanmar ini. Semalam, saya merayu kepada Perdana Menteri Prayut kerana kedua-dua negara saling bersempadan.

“Tapi kami di Malaysia berdepan masalah utama iaitu lambakan 200,000 pelarian, majoritinya dari Rohingya, malah ada juga dari kalangan etnik lain dari Myanmar.

“Kami sudah terlibat sejak 40 tahun lalu. Setiap yang boleh dilakukan ada batasnya. Saya bercakap dengan Presiden Jokowi, Perdana Menteri Jeneral Prayut, Perdana Menteri Hsien Loong dan Sultan Brunei, dan semoga minggu hadapan (dapat bercakap) dengan Presiden Marcos dari Filipina.

“Saya pemimpin paling baharu di sini, jadi saya merayu untuk kita memgambil tindakan lebih besar kerana kita tidak mahu orang luar, seperti AS dan Eropah memberi arahan apa yang harus dilakukan. Kita perlu berani bertindak untuk menyelesaikan isu ini,” katanya.

Anwar bagaimanapun mengakui apa yang berlaku di Myanmar ialah masalah dalaman, namun konflik tersebut telah merebak merentasi sempadan.

Susulan konflik dan kekacauan di Myanmar, ramai etnik Rohingya dan golongan minoriti lain meninggalkan negara itu dan memasuki negara jiran seperti Thailand, Bangladesh dan Malaysia.

Pada pagi 1 Februari 2021, tentera Myanmar melancarkan rampasan kuasa terhadap pemerintah Liga Demokratik Kebangsaan dan menyingkirkan ketuanya, Aung Sab Suu Kyi.

Pemangku Presiden, Myint Swe mengiystiharkan darurat selama setahun dan memutuskan bahawa kuasa memerintah diberi kepada Ketua Komander Perkhidmatan Pertahanan, Min Aung Hlaing.

Mereka turut mengisytiharkan keputusan pilihan raya pada November 2020 sebagai tidak sah dan memutuskan untuk mengadakan semula pemilihan tersebut sebaik darurat berakhir.

Rampasan kuasa itu berlaku sehari sebelum semua Ahli Parlimen Myanmar yang memenangi pilihan raya dijadualkan mengangkat sumpah.

Presiden Win Myint dan Aung San Suu Kyi ditahan, bersama barisan menteri, timbalan dan semua Ahli Parlimen. - Getaran, 10 Februari 2023

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja