web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kertas Putih Perolehan Vaksin COVID-19 Teliti Tatacara Perolehan - Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2023 12:02PM

Dr Zaliha Mustafa - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan meneliti tatacara perolehan yang dilakukan adalah telus demi manfaat rakyat, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan pasukan kerja bagi merangka Kertas Putih itu susulan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Jan lepas untuk memberi gambaran secara komprehensif mengenai pengurusan perolehan vaksin COVID-19.

Beliau berkata Kertas Putih itu akan meneliti tatacara perolehan yang dilakukan berikutan penemuan awal pihak Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menjalankan 'due diligence' (penilaian wajar) terperinci khususnya terhadap terma-terma perjanjian bekalan vaksin COVID-19 yang telah ditandatangani serta dibuat semasa tempoh darurat.

"Bertepatan dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri juga, KKM akan memastikan sebarang urusan perolehan termasuk perolehan vaksin COVID-19 di bawah kementerian ini dilaksanakan dengan lebih teliti, berintegriti serta memastikan ia mempunyai manfaat timbal-balik kepada kerajaan," katanya.

Pada 8 Februari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kertas Putih perolehan dan kos pembelian vaksin COVID-19 akan dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang kerana didapati tidak mengikut prosedur serta dilakukan tanpa melalui persetujuan Peguam Negara (AG).

Anwar dilaporkan berkata Kertas Putih berkenaan akan dibentangkan kerana pada peringkat awal dikesan terdapat ketirisan kerana dipercayai tidak melalui peraturan atau proses yang sepatutnya serta perolehan bagi sesetengah vaksin itu amat diragui dari segi jumlah dan kos yang terlibat. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad