Berita Terkini

4 jam yang lalu: 11,000 ketua isi rumah di Selangor bakal terima manfaat Bakul Rahmah 4 jam yang lalu: Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC 4 jam yang lalu: Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini - Nancy Shukri 4 jam yang lalu: JPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara 9 jam yang lalu: Australia: Acara Earth Hour dibatalkan susulan amaran ribut petir

IKUTI KAMI


MDEC, DEPA Perluas Peluang Syarikat Tempatan Tembusi Pasaran Thailand

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2023 7:25PM

Kerjasama itu dimeterai menerusi MoU ditandatangani hari ini, sebagai tanda mengukuhkan kerjasama ekonomi digital di antara kedua-dua negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memeterai kerjasama dengan Agensi Promosi Ekonomi Digital (DEPA) yang bakal menjadi ‘batu loncatan’ bagi membolehkan lebih banyak syarikat teknologi tempatan, menembusi pasaran Thailand.

Kerjasama itu dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani hari ini, sebagai tanda mengukuhkan kerjasama ekonomi digital di antara kedua-dua negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz, Thailand adalah antara negara tumpuan di bawah program Gateway, Amplify, Invest and Nurture (GAIN) yang diperkenalkan syarikat itu sejak 2018. 

“Program ini memainkan peranan penting dalam memupuk jalinan kerjasama erat dengan ekosistem Thailand, termasuklah rakan saluran perniagaan, agensi kerajaan, syarikat pelaburan modal teroka, persatuan perniagaan dan syarikat korporat.

“Setakat ini, MDEC berjaya memudah cara beberapa kejayaan kepada lebih 40 syarikat teknologi di Malaysia dan rakan kongsi di Thailand, selain menghasilkan jumlah nilai peluang melebihi RM400 juta kepada ekonomi digital negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

MoU itu dimeterai di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha.

Mahadhir berkata, selaras matlamat Malaysia Digital (MD), tumpuan kerjasama di antara MDEC dengan DEPA dalam pertukaran maklumat akan memperkasakan ekonomi digital secara keseluruhannya.

“Kerjasama ini juga akan mempercepatkan pertukaran teknologi tumpuan seperti Robotik dan Automasi, Internet Kebendaan (IoT), Analisis Data Raya, Teknologi Dron dan banyak lagi.

”MoU ini juga akan memantapkan lagi sektor digital tumpuan seperti pelancongan, perdagangan, logistik, kewangan dan kesihatan yang dijangka menjana pendapatan signifikan kepada kedua-dua negara,” katanya.

Menerusi kenyataan sama, MDEC yang juga agensi peneraju ekonomi digital di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memaklumkan, pihaknya yakin kerjasama itu akan meningkatkan lagi usaha antara agensi dan syarikat teknologi tempatan bersama agensi Pelaburan Thailand serta DEPA, dalam menerokai peluang kerjasama perniagaan, menjana idea tuntas dan mempromosikan produk buatan Malaysia.

Katanya, sejak 2018 sehingga 2022, syarikat teknologi tempatan mencatatkan RM140.81 juta nilai eksport ke Thailand.

“Thailand menyasarkan untuk meraih USD53 bilion sumbangan ekonomi digital kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang tahun 2030. 

“Dengan pendapatan populasinya yang semakin meningkat, sistem percukaian cekap, kemudahan memulakan perniagaan serta polisi digital menerusi Thailand 4.0, menjadikan negara tersebut antara rakan dagangan penting buat Malaysia.

“Penglibatan syarikat teknologi Malaysia dalam ekonomi digital Thailand adalah menerusi Macrokiosk, iPay88, GHL, Carsome, Red One, Aurelia, Forest Interactive dan banyak lagi. Manakala lebih daripada 30 syarikat kini dalam usaha melebarkan perniagaan ke pasaran Thailand,” katanya.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyatakan, KKD menyambut baik usaha tersebut dan berbesar hati dengan kerjasama strategik yang akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala di antara Malaysia dengan Thailand.

“Kami di KKD menerusi MDEC, sudah mengenalpasti peluang untuk mempromosikan syarikat Malaysia melalui intervensi secara langsung dengan memberikan tumpuan menyeluruh di dalam usaha eksport dan sokongan ekosistem di Thailand.

“Syarikat tersebut berpotensi untuk pergi lebih jauh sebagai juara serantau demi melahirkan lebih banyak jenama Malaysia sebagai ‘Unicorn’, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai hab digital pilihan utama di Asia Tenggara,” katanya.

Selain daripada Majlis Menandantangani MoU di antara MDEC dengan DEPA, Forum Perniagaan dan Pertemuan Diaspora Perniagaan Malaysia di Thailand bersama Perdana Menteri turut diadakan, bagi memberi maklumat mengenai usaha meningkatkan ekonomi Malaysia secara keseluruhannya. - Getaran, 9 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 hari yang lalu

Penggusti APAC Sedia Bersaing Dengan Jaguh Dunia Di Jepun Dan AS

2

Semasa 1 hari yang lalu

PM Saksi Pemeteraian MoU Antara Syarikat Malaysia-Arab Saudi

3

Teknovasi 2 minggu yang lalu

Meta Lancar Akademi Pempengaruh Media Sosial Di Malaysia

4

Filem & TV 3 minggu yang lalu

Didi & Friends The Movie: Animasi Luar Biasa, Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur

Sorotan

1

Hapus Monopoli PUSPAKOM Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan

2

KKM Teruskan Ops Kebersihan Di Bazar, Pastikan Keselamatan Makanan Diambil Berat

3

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

Disyorkan untuk anda

Sukan 18 jam yang lalu

Terbuka Switzerland: Zii Jia Mara Ke Separuh Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

SM Faisal Dan Bekas Isteri Akan Berunding Selesai Kes Di Luar Mahkamah

Semasa 1 hari yang lalu

IJM Sedia Laksana Sistem Pembayaran Tol Secara Terbuka

oleh Aiman Sadiq

Semasa 13 jam yang lalu

KKM Teruskan Ops Kebersihan Di Bazar, Pastikan Keselamatan Makanan Diambil Berat

oleh Sophia Ahmad