web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Disangka Maut Tapi Masih Hidup, Rupa-rupanya…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2023 5:49PM

Mangsa, Goh Siew Kim, 61, pada mulanya disangka meninggal dunia selepas kad pengenalannya dipegang penumpang lain yang maut. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang mangsa yang disangka maut dalam dalam nahas membabitkan van persiaran di Kilometer 4.8, Jalan Genting Highlands tengah hari semalam didapati masih hidup dan sedang menerima rawatan di hospital.

Mangsa, Goh Siew Kim, 61, pada mulanya disangka meninggal dunia selepas kad pengenalannya dipegang penumpang lain yang maut.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, selepas semua waris mangsa nahas tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pengesahan identiti, didapati mangsa (Siew Kim) yang disangka meninggal dunia itu sedang dirawat di hospital.

“Kad pengenalan milik Siew Kim, dipercayai dipegang mangsa telah meninggal dunia bernama Wong Ah Mooi @ Wong Seh Moi, 83 tahun.

“Dalam kejadian itu, enam penumpang dihantar ke HKL untuk rawatan kecemasan, seorang penumpang, Chang Them Kong, 70, meninggal dunia ketika dalam rawatan di HKL,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari semalam itu, enam individu termasuk pemandu van disahkan maut selepas kenderaan dinaiki terbabas ketika menuruni jalan berbukit di lokasi berkenaan.

Mangsa yang maut adalah pemandu van, Wong Choun Chiet, 49, bersama lima penumpang lain iaitu Foong Ah Lan (67); Lee Moy (67); Ang Meng Hong (62) dan Seow Mee Tin, 72.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, kemalangan itu berlaku apabila pemandu van persiaran terbabit hilang kawalan ketika menuruni jalan berselekoh sebelum terbabas melanggar konkrit pembahagi jalan di sebelah kanan.

“Kenderaan itu membawa 13 penumpang, seorang lelaki dan 12 wanita berusia antara 49 tahun hingga 78 tahun yang dalam perjalanan balik ke Pulau Pinang dari bercuti di Pusat Peranginan Genting Highlands.

“Mohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan pihak polis masih menjalankan siasatan,” katanya. - Getaran, 9 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 3 bulan yang lalu

SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.11 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Nafi Siasatan ‘Diperam’, Majoriti Kes Diselesai Ikut Tempoh - Ahmad Rosli

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek