web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Cari Jalan Penyelesaian Kurangkan Beban Rakyat Tanpa Pengeluaran KWSP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2023 1:45PM

Anwar Ibrahim berkata ini kerana pencarum sudah beberapa kali membuat pengeluaran KWSP sebelum ini dan keadaan ini pastinya menyebabkan simpanan untuk persaraan mereka semakin berkurangan. - Gambar fail 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Kerajaan sedang mencari jalan penyelesaian bagi membantu mengurangkan beban rakyat yang menghadapi masalah kewangan tanpa perlu mereka mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini kerana pencarum sudah beberapa kali membuat pengeluaran KWSP sebelum ini, dan keadaan ini pastinya menyebabkan simpanan untuk persaraan mereka semakin berkurangan. 

“Banyak yang telah dikeluarkan (simpanan KWSP) sebelum ini. Jadi ada yang tinggal RM10,000, RM5,000. Mereka yang nak keluarkan wang itu kena fikir apa pilihan yang ada.

“(Misalnya) pencen empat tahun lagi, apa nak jadi? katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Syarahan Ulung Kursi Siddiq Fadzil di Universiti Selangor, Kampus Bestari Jaya di sini hari ini. 

Anwar Ibrahim - Gambar fail
Anwar Ibrahim - Gambar fail

Anwar berkata demikian ketika ditanya sama ada pengeluaran KWSP akan turut dipertimbangkan dalam Belanjawan 2023.
Beliau berkata kerajaan perlu membuat pertimbangan terhadap kebenaran bagi pengeluaran KWSP itu untuk mengelak rakyat terbeban selepas bersara kelak.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata tumpuan Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Feb ini, adalah mengenai usaha untuk menangani masalah defisit negara, isu pendigitalan, keselamatan makanan dan kos sara hidup rakyat. 

“...yang lain akan saya umumkan semasa (pembentangan) belanjawan itu nanti,” katanya.  

Berhubung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang didakwa terkilan kerana tidak diundang menghadiri mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada Selasa lepas, Anwar berkata mesyuarat itu hanya melibatkan parti-parti yang mengasaskan Kerajaan Perpaduan. 
“Sebenarnya, mesyuarat itu adalah mesyuarat dalam kalangan parti-parti yang mengasaskan Kerajaan Perpaduan…yang lain (mesyuarat bersama parti lain yang menyokong Kerajaan Perpaduan) akan dibawa dalam jawatankuasa,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad