web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siasatan Penyelewengan MAINs Selesai, Tiada Unsur Kesalahan Rasuah - SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2023 12:03PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Siasatan berhubung isu dakwaan penyelewengan wang zakat melibatkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Zakat Sdn Bhd tidak menemukan sebarang unsur kesalahan jenayah rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. 

Pengarah SPRM Negeri Sembilan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail berkata pihaknya membuka kertas siasatan pada 2019 dan siasatan telah selesai dijalankan.

"Sehubungan itu, mana-mana pihak digesa untuk menghentikan sebarang spekulasi dan menyebarkan berita palsu berhubung perkara berkenaan sebagaimana yang disiarkan dalam sebuah akaun Telegram baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata SPRM negeri komited dalam usaha memerangi rasuah yang melibatkan dana awam di negeri ini dan siasatan lanjut akan dijalankan sekiranya terdapat maklumat baharu yang diterima.

Media semalam melaporkan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mengesahkan SPRM telah menjalankan siasatan terhadap beberapa pegawai MAINS atas dakwaan salah laku rasuah dalam jabatan itu.

Sebelum ini, laporan pecah amanah wang kutipan zakat melibatkan pegawai jabatan berkenaan tular dalam aplikasi Telegram. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad