web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adakah Gangguan LRT Ampang Benar-benar Disebabkan Kerja Pembinaan Bersebelahan?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2023 11:36AM

Sumber mendakwa insiden penjajaran landasan yang bengkok di LRT laluan Ampang dan Sri Petaling bukanlah perkara baru malah ia berlaku dua kali sebelum ini dalam tempoh 14 tahun lalu, tidak jauh dari Plaza Rakyat (stesen). - Gambar oleh Abd. Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penumpang di Lembah Klang diberi alasan bahawa penjajaran landasan bengkok dan kerosakan struktur jejambat Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang berhampiran stesen Bandaraya berpunca daripada gangguan kerja pembinaan di Menara Soho bersebelahan kawasan itu.

Tetapi adakah itu benar-benar berlaku?

Nampaknya, terdapat perdebatan hangat dalam kalangan kejuruteraan dan penyelenggaraan rel mengenai punca sebenar gangguan perkhidmatan tren itu yang menjejaskan 160,000 penumpang harian menuju ke pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Sumber memberitahu The Vibes, penemuan awal mendedahkan bahawa kerosakan pada landasan dan struktur jejambat berkemungkinan disebabkan oleh kerja penyelenggaraan yang lemah.

“Daripada kajian awal kami, daya sisian bukan disebabkan oleh tapak pembinaan berhampiran,” kata sumber yang enggan namanya didedahkan.

Difahamkan, perkara itu diketahui selepas kejadian pada awal pagi 27 Januari lalu, selepas hampir 14 hari menjalankan operasi penggantian rel dan kerja susulan.

“Ia mula-mula mendapati beberapa kaliper trek tidak diikat dengan betul kerana bolt yang tidak mencukupi dan kemasan kurang memuaskan pada landasan,” katanya.

Oleh itu, apabila tren melepasi landasan yang tidak selamat, beban tren membengkokkan landasan, menyebabkan daya sisi pada salah satu bolt di laluan pandu dan mungkin merosakkan kepala jejambat.

“Tetapi setakat ini, pembetung kotak tidak terjejas,” kata sumber itu sambil menambah laporan awal sebelum penggantungan laluan Ampang mengetengahkan isu kerja trek sub-standard antara stesen Bandaraya dan Masjid Jamek.

Seorang pakar kereta api yang berpengalaman lebih dua dekad dalam industri itu berkata, bolt yang tidak diketatkan akan menyebabkan rel bergerak dan tren bergoyang.

“Sekiranya pergerakan ini tidak ditangani segera, ia boleh menyebabkan tren tergelincir,” katanya.

Atas faktor keselamatan, perkhidmatan tren antara stesen Bandaraya dan Masjid Jamek digantung dan sebagai alternatif, RapidKL menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada penumpang antara stesen terjejas.

Ia juga menyebabkan stesen monorel Hang Tuah menjadi pusat transit ke bahagian lain di bandar ini melalui perkhidmatan monorel.

Bagaimanakah penilaian dibuat dengan begitu cepat?

Masalah berkenaan menjejaskan kira-kira 160,000 penumpang harian menuju ke pusat bandaraya Kuala Lumpur. - Gambar oleh Abd. Razak Latif
Masalah berkenaan menjejaskan kira-kira 160,000 penumpang harian menuju ke pusat bandaraya Kuala Lumpur. - Gambar oleh Abd. Razak Latif

Rapid Rail Sdn Bhd dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menyatakan bahawa pemeriksaan awal mendapati gangguan perkhidmatan LRT berpunca daripada kerosakan pada struktur bertingkat yang membawa landasan kereta api, akibat kerja pembinaan bersebelahan dengan kawasan itu.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah mengeluarkan arahan berhenti kerja kepada pembinaan projek Menara Soho 44 tingkat itu.

Bagaimanapun, seorang kakitangan Rapid Rail mempersoalkan alasan diberikan oleh pengawal selia rel bahawa kesalahan adalah disebabkan kerja pembinaan yang terletak bersebelahan stesen Bandaraya.

“Adakah siasatan sudah mengenal pasti punca masalah? Banyak alasan yang dilontarkan oleh pihak pengurusan PRASARANA sejak kebelakangan ini.

“Dan bagaimana mungkin bagi APAD untuk menilai keadaan begitu awal pada peringkat ini apabila agensi itu tidak mempunyai pakar seperti rel dan jurutera awam yang berkelayakan tinggi dan jurutera struktur?” katanya ketika ditemui di depoh Ampang.

Malah, Ketua Pegawai Operasi (strategi dan pembangunan) PRASARANA, Prodyut Dutt dilaporkan berkata, firma perunding kejuruteraan yang dilantik syarikat itu akan mengambil masa dua minggu untuk menyelesaikan siasatan berhubung kerosakan tersebut setelah memulakannya pada 2 Februari lalu.

Sumber itu menegaskan bahawa insiden penjajaran landasan yang bengkok di LRT laluan Ampang dan Sri Petaling bukanlah perkara baru.

“Ia berlaku dua kali sebelum ini dalam tempoh 14 tahun lalu, tidak jauh dari Plaza Rakyat (stesen),” dakwanya.

Ketika berita ini ditulis, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PRASARANA, Mohd Azharuddin Mat Sah; CEO Rapid Rail, Amir Hamdan; Ketua Pengarah APAD, Datuk Azlan Shah Al Bakri dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke masih belum memberikan sebarang respons kepada The Vibes berhubung dakwaan tersebut. – The Vibes, 9 Februari 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 16 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad