web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Inisiatif Menu Rahmah Tidak Libat Perbelanjaan Kerajaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2023 8:05AM

Menu Rahmah adalah komitmen penuh peniaga yang sukarela menyertainya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan inisiatif Menu Rahmah yang menawarkan makanan pada harga RM5 dan ke bawah sejak hujung bulan lalu, tidak melibatkan sebarang peruntukan atau perbelanjaan kerajaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ia sebaliknya adalah komitmen penuh peniaga yang sukarela menyertainya.

Beliau berkata, sejak dilancarkan, Menu Rahmah mendapat sambutan baik di seluruh negara dengan ramai peniaga bersama menyahut aspirasi kerajaan, bagi membantu mereka yang memerlukan, terutama golongan B40.

Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub

“Ramai golongan peniaga berlumba-lumba menyertai inisiatif ini dengan menawarkan juadah serendah RM5 di premis mereka, ini maknanya mereka mahu bersama melakukannya dengan semangat kebajikan tanpa paksaan sesiapa.

“Jadi konsepnya di sini jelas, tiada libat satu sen pun duit kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan inisiatif Menu Rahmah yang disertai Persatuan Pengusaha Tom Yam Malaysia (Pertom) di Lembah Keramat di sini.

Salahuddin berkata, kementeriannya tidak pernah memaksa mana-mana perniagaan, pengusaha dan pemain industri makanan baik besar mahupun kecil melibatkan diri di dalam penjualan Menu Rahmah.

“Kita tidak paksa, sebaliknya ia adalah satu libat urus dengan industri antaranya Mydin (Mydin Mohamed Holdings Berhad), Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim Malaysia, Pertom dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia.

“Selepas sesi libat urus ini barulah kita kemukakan idea Menu Rahmah ini dengan sasaran pembeli ialah mereka yang memerlukan juadah harian pada harga mampu,” katanya.

Katanya, kementerian itu sedang dalam proses membangunkan satu aplikasi mengandungi direktori premis makanan yang menawarkan sajian Menu Rahmah di seluruh negara.

Aplikasi itu, jelasnya, bagi memastikan rakyat mempunyai maklumat terhadap peniaga yang menyertai inisiatif kerajaan berkenaan di kawasan mereka, selain mempromosikan premis menawarkan jualan Menu Rahmah.

Pada 31 Jan lalu, Salahuddin melancarkan inisiatif Menu Rahmah dan sebanyak 15,000 premis menjual makanan turut serta melaksanakan usaha berkenaan, bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah. – Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 20 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad