web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kertas Putih Perolehan Vaksin COVID-19 Tidak Ikut Prosedur dibentang Di Parlimen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 4:00PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kertas Putih berkaitan perolehan dan kos pembelian vaksin COVID-19 yang didapati tidak mengikut prosedur sebelum ini akan dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata perolehan bekalan vaksin berkenaan telah dilakukan oleh menteri kesihatan ketika itu tanpa melalui persetujuan Peguam Negara (AG).

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini hari ini, Anwar berkata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa akan memperincikan perkara tersebut apabila Kertas Putih berkenaan dibentangkan nanti.

“Kertas Putih ini akan dibentangkan kerana pada peringkat awal dikesan terdapat ketirisan kerana dipercayai tidak melalui peraturan atau proses yang sepatutnya. Perolehan bagi sesetengah vaksin ini amat diragui dari segi jumlah dan kos yang terlibat,” katanya.

Tanpa mendedahkan menteri terlibat yang perlu memberi penjelasan, Anwar bagaimanapun berkata: "Soal utama juga bukan siapa menteri, tetapi menteri-menteri terlibat perlu jawab dan memberi penjelasan berhubung perkara itu."

Kementerian Kewangan (MoF) sebelum ini menurunkan kuasa kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi memuktamadkan perolehan vaksin di peringkat kementerian masing-masing.

Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk memudah cara dan menyegerakan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad