web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 2,300 Terbunuh Di Turkiye, 1,300 Di Syria, Ankara Umum Berkabung 7 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 12:26PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DIYARBAKIR (Turkiye) - Sekurang-kurangnya 2,379 orang terbunuh dan 14,483 yang lain cedera di 10 wilayah Türkiye berikutan dua gempa bumi kuat yang menggegarkan bahagian selatan negara itu pada Isnin, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Naib Presiden Fuat Oktay.

Gempa dengan magnitud 7.7 itu melanda daerah Pazarcik di wilayah Kahramanmaras dan menggegarkan beberapa wilayah lain termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis pada awal pagi Isnin.

Satu lagi gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter yang berpusat di daerah Elbistan di Kahramanmaras berlaku pada 1.24 tengah hari (6.24 petang Waktu Malaysia).

Oktay berkata 7,840 orang diselamatkan daripada runtuhan oleh 11,022 anggota mencari dan menyelamat.

Beliau berkata 338,000 mangsa kini ditempatkan di asrama, universiti dan pusat perlindungan.

Pada masa ini tiada ancaman tsunami terhadap pantai Mediterranean Timur Türkiye, menurut Presiden Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).

Gempa kuat itu turut memusnahkan negara jiran Syria dengan pegawai kerajaan dan penyelamat melaporkan hampir 1,300 orang terbunuh dan lebih 2,400 yang lain cedera setakat ini.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata gempa bumi pada Isnin itu merupakan  “bencana terbesar” sejak gempa bumi Erzincan pada 1939.

Türkiye akan berkabung selama tujuh hari.

“Ekoran gempa bumi yang berlaku di negara kita pada 6 Februari, tempoh berkabung negara diisytiharkan selama tujuh hari.

“Bendera di seluruh negara dan pejabat perwakilan kita di luar negara akan dikibarkan separuh tiang sehingga Ahad, 12 Februari,” lapor Agensi Anadolu memetik ciapan Erdogan di Twitter. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 30 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad