web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SWCorp Berjaya Kesan Individu Tular Buang Sampah Tepi Jalan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 6:18PM

Tangkap layar video pembuangan sampah yang tular di Media Sosial . - Gambar Facebook SWCorp Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - SWCorp Johor sudah menjalankan siasatan terperinci terhadap empat individu dipercayai membuang sampah di tepi jalan di Taman Nusantara PRIMA, Iskandar Puteri, Johor Baru yang tular di media sosial sejak semalam. 

SWCorp Johor berkata, pihaknya berjaya mengesan pelaku terbabit melalui nombor pendaftaran kenderaan berdasarkan rakaman video yang ditularkan di Tik Tok pada 11 Januari lalu.

“Pelaku sudah dikesan dan SWCorp Cawangan Iskandar Puteri sudah mengeluarkan Notis Pemberitahuan Kesalahan kepada mereka.

“Pelaku hadir ke Pejabat SWCorp Cawangan Iskandar Puteri untuk dirakam keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, SWCorp Johor turut memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 71 (1) Akta 672, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000. 

“Mereka yang bersalah juga boleh dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Gambar tangkap layar dari Facebook SWCorp Johor
Gambar tangkap layar dari Facebook SWCorp Johor

Terdahulu, video empat individu membuang sampah tular di Tik Tok sejak petang semalam sehingga mengundang kecaman netizen.

“Padahal Menteri Besar dan rakan-rakan dah banyak tunjukkan contoh yang baik, ada lagi saki baki makhluk berminda mundur macam ini, takda langsung perasaan bersalah serta cakna pada alam sekitar. Mudah-mudahan spesis ni dikenakan hukuman yang setimpal,” kata Ahmad Hilmi Khalid.

“Cepat dan segera ambil tindakan, jangan lambat. Tidak sepatutnya buang dekat situ. Ia bukan tempat kawasan pembuangan sampah," kata Rohaya Md Roslan di Facebook. 

Video berdurasi 17 saat itu turut dikongsi di beberapa portal dan mendapat perhatian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Tindakan segera akan diambil. Terima kasih atas makluman,” katanya. – Getaran, 6 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sudah 2024, Tapi Masih Buang Sampah Merata-Rata!

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Buang Sampah Sesuka Hati, Tak Sepasal Bertukar Tragedi

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar