web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Prosedur Pengambilan Pekerja Bangladesh Mungkin Dipermudah Dengan Sistem Fast-Track

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 9:34PM

Saifuddin Nasution Islam telah melahirkan ketidakpuas hatinya terhadap proses pengambilan pekerja asing Bangladesh dalam pertemuan dengan Persatuan Agensi Pengambilan Antarabangsa Bangladesh (BAIRA), semalam - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mungkin akan mengetepikan sistem pengambilan pekerja Bangladesh yang dianggap rumit dan bersifat monopoli, dengan memulakan sistem lebih pantas susulan pertemuan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Islam di Dhaka, Bangladesh.

Menurut portal The Business Post, Saifuddin melahirkan ketidakpuas hatinya terhadap proses pengambilan pekerja asing Bangladesh dalam pertemuan dengan Persatuan Agensi Pengambilan Antarabangsa Bangladesh (BAIRA) itu, semalam.

Pada pertemuan sama, Saifuddin menyuarakan beberapa isu, antaranya pemeriksaan kesihatan, penggiliran automatik untuk agensi pekerja dan kekurangan pusat pemprosesan e-visa yang menyumbang kepada masalah dibawa pekerja Bangladesh ke Malaysia.

Menerusi perubahan dicadangkan, kerajaan Malaysia sedang meneliti untuk menggunakan sistem sama dengan negara sumber lain, seperti Nepal.

Berdasarkan penggunaan sistem fast-track, Malaysia mampu membawa sehingga 550,000 pekerja asing Bangladesh ke negara ini.

Semasa pertemuan itu, kepimpinan BAIRA turut menyuarakan beberapa kelemahan dalam sistem pengambilan pekerja ketika ini yang ditambah dengan amalan monopoli dan rasuah.

Menurut sumber dalaman yang memaklumkan kepada portal tersebut, Saifuddin sudah diberitahu mengenai kewujudan graf sistem berkenaan, sambil menambah ia tidak akan berlaku kepada golongan miskin.

Setiausaha Agung BAIRA, Shameem Ahmed Chowdhury Noman berkata, Saifuddin sedia maklum berhubung masalah berkaitan proses pengambilan pekerja, justeru mahu membincangkannya dengan Menteri Kebajikan dan Pekerjaan Luar Negara Ekspatriat Bangladesh, Imran Ahmad dalam mesyuarat hari ini.

“Beliau akan mengambil langkah perlu supaya pekerja boleh bekerja di negara itu melalui proses yang lebih mudah dan lebih murah.

“Jadi pekerja Bangladesh akan dapat mencari pekerjaan di Malaysia di bawah siatem lebih murah dan pantas,” katanya.

Laporan The Business Post turut menyatakan bahawa Pusat Fasilitasi Pekerjaan Malaysia yang dikawal pemilik Bestinet berpangkalan di Malaysia, Datuk Seri Aminul Islam Abdul Nor mengawal proses pengambilan pekerja Bangledesh.

Agensi pengambilan pekerja berkata, dengan sistem penggiliran automatik ‘bermasalah’ dikendalikan Bestinet, mereka perlu membayar RM5,500 setiap pekerja sebagai caj perkhidmatan kepada agensi lain yang tidak terlibat dalam proses awal.

Kerajaan Malaysia kini menggunakan Sistem Pengurusan Migran Bestinet yang memerlukan pekerja membelanjakan kira-kira RM300 bagi pemeriksaan kesihatan, selain tambahan RM100 untuk mendaftar dengan sistem itu, walaupun kos terbabit sepatutnya ditanggung majikan.

Baru-baru ini, Shameem memberitahu The Vibes bahawa rancangan Malaysia untuk melonggarkan peraturan kemasukan pekerja Bangladesh adalah perkembangan positif, memandangkan ramai pekerja dari negara berkenaan menghadapi pelbagai halangan memasuki Malaysia untuk bekerja secara sah.

Pada 10 Januari lalu, Saifuddin berkata, majikan kini dibenarkan membawa masuk pekerja asing dari 15 negara sumber, berdasarkan keupayaan dan keperluan mereka, tanpa perlu memenuhi syarat pengambilan serta kelayakan kuota yang ditetapkan sebelum ini.

Penyelesaian sementara ini bermakna majikan boleh mendapatkan kelulusan selepas tiga hari dari tarikh penyerahan permohonan mereka untuk pekerja.

Peraturan itu dilonggarkan susulan kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia yang dimonopoli dua broker, dengan gesaan semakin meningkat untuk sistem terbuka yang tidak lagi mengehadkan bilangan agensi pengambilan.

Sejak kebelakangan ini, pihak berkepentingan menggesa kerajaan menamatkan penglibatan dua ‘kartel’ yang memperoleh berbilion setiap tahun daripada buruh paksa dan eksploitasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) meneliti dakwaan pemerdagangan manusia serta penghambaan melibatkan individu pekerja asing.  – Getaran, 5 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guna Sistem Baharu Bestinet Untuk Ambil Pekerja Asing, Kerajaan Persoal Laporan Bloomberg 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Lanjutan Tempoh Bawa Masuk Pekerja Asing Selepas 31 Mei - Saifuddin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad