web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Johor Perhebat Penguatkuasaan Pembuangan Sampah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 9:17PM

Menurut Onn Hafiz Ghazi, dalam usaha Johor menjadi negeri maju menjelang tahun 2030, aspek kebersihan tidak boleh diabaikan - Gambar Facebook Onn Hafiz Ghazi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri Johor akan memperhebatkan penguatkuasaan berhubung pembuangan sampah mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata beliau telah berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor serta Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Mohd Noorazam Osman berhubung perkara itu.

Beliau berkata mengikut akta itu mana-mana pihak yang didapati sengaja membuang sampah di tempat awam boleh didenda maksimum RM500 jika disabit buat kali pertama.

Menurutnya dalam usaha Johor menjadi negeri maju menjelang tahun 2030, aspek kebersihan tidak boleh diabaikan.

"Agenda Johor Bersih ini sebenarnya telah dilancarkan sejak tahun lepas, tetapi cabaran sebenar ialah untuk menukar minda dan sikap segenap lapisan Bangsa Johor tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, Onn Hafiz berkata beliau dimaklumkan harga barangan basah seperti ayam, ikan, timun dan tomato masih tinggi ketika membuat tinjauan di Pasar Besar Larkin hari ini.

Beliau berkata ini membebankan bukan sahaja pihak pembeli, tetapi juga pihak penjual runcit yang terpaksa mengekalkan margin keuntungan biarpun sedikit.

"Saya telah meminta pihak penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup agar meningkatkan pemantauan dan memastikan tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: MB Jadi ‘Poster Boy’ BN - Ahmad Zahid

2

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Fitnah TMJ Terbabit Rasuah Cubaan Jahat Jatuhkan Institusi Raja

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perlu Wujud Akta Baharu Berkaitan Kemudaratan Jenayah Dalam Talian - Fahmi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran