web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Terjun Sungai Elak Ditahan Lemas, Rakan Masih Hilang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 1:26PM

Difahamkan, dalam kejadian pada Jumaat lalu itu, sekumpulan lelaki dikatakan cuba melarikan diri daripada ditahan polis dengan terjun ke muara sungai tersebut - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditemui lemas manakala rakannya masih hilang selepas terjun ke dalam sungai di Taman Muara, Sungai Buloh, ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis.

Difahamkan, dalam kejadian pada Jumaat lalu itu, sekumpulan lelaki dikatakan cuba melarikan diri daripada ditahan polis dengan terjun ke muara sungai tersebut.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazman Khamis berkata, dua daripada mereka dilaporkan tenggelam manakala selebihnya berjaya naik ke daratan.

Menurut beliau, seorang daripada yang tenggelam iaitu lelaki berusia 31 tahun ditemui terapung oleh sekumpulan nelayan kira-kira satu kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) pada jam 7.52 pagi tadi.

“Bomba membawa mayat lelaki itu ke PKB dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, pada masa ini pihaknya sedang menggerakkan usaha mencari dan menyelamat seorang lagi lelaki yang turut sama terjun ke dalam sungai itu dalam kejadian terbabit.

Katanya, mangsa berusia 24 tahun itu dikhuatiri lemas dan usaha pencarian diteruskan membabitkan kekuatan 15 pegawai dan anggota serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor.

“Setakat yang dimaklumkan semua yang terjun berjaya naik ke tebing kecuali dua orang, seorang daripadanya ditemui lemas manakala seorang lagi masih hilang,” katanya. - Getaran, 5 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelajar IPTA Lemas Di Kolam Ikan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Kenal Pasti Identiti 5 Sekeluarga Dihanyutkan Arus Deras Ketika Menjala

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 16 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad