web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pasangan Suami Isteri Maut Dalam Nahas Di LPT2

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 8:30AM

Toyota Estima dinaiki mangsa dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar penghadang jalan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Sepasang suami isteri maut manakala tiga anak mereka cedera ringan selepas kenderaan serbaguna (MPV) yang dinaiki terbabas di Kilometer (KM) 274, berhampiran susur keluar Plaza Tol Cheneh di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu Arbain Baharudin, 47, dan isterinya Rosmawati Bakar @ Lalar, 48, yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

Sementara tiga anak mereka, Farah Najwa, 20, Fatin Najla, 10, dan Faikal Nabila, 8, hanya cedera di muka, kaki dan tangan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata kejadian dipercayai berlaku apabila Toyota Estima yang dinaiki mereka dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar penghadang jalan.

Beliau berkata kenderaan tersebut turut berpusing beberapa kali ke arah kanan jalan sebelum terhenti dan tersangkut di pembahagi lebuh raya.

Menurut Hanyan, impak pelanggaran tersebut menyebabkan pasangan suami isteri itu tercampak antara lima hingga 10 meter dari kenderaan ke luar jalan.

Katanya, lima sekeluarga itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Kerteh, selepas menghantar seorang lagi anak lelaki mereka di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, Pahang.

"Ketiga-tiga anak mangsa telah dibawa ke unit kecemasan Hospital Kemaman untuk rawatan manakala mayat kedua-dua mangsa dibawa ke unit forensik hospital sama untuk bedah siasat.

"Proses bedah siasat dijangka selesai selepas Isyak malam ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad