web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Tuan Rumah Sidang Kemuncak ASEAN-GCC - Zambry

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 9:00AM

Malaysia yang dipertanggungjawabkan sebagai Sekretariat ASEAN-GCC dan ASEAN-Kanada, akan mewujudkan kerjasama antara rantau ini melalui dialog. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Malaysia akan menganjurkan sidang kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada September atau Oktober tahun ini, kata Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

“GCC mengemukakan cadangan kepada ASEAN agar Malaysia menjadi tuan rumah, tarikhnya masih lagi dalam perbincangan,” katanya kepada media Malaysia selepas mesyuarat Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM Retreat) di sini.

Beliau berkata, Malaysia yang dipertanggungjawabkan ASEAN sebagai Sekretariat ASEAN-GCC dan ASEAN-Kanada, akan mewujudkan kerjasama antara rantau ini dengan kedua-dua pihak melalui dialog.

ASEAN dan GCC menjalin hubungan rasmi sejak 1990, manakala hubungan dialog ASEAN-Kanada sudah diwujudkan pada Februari 1977.

Zambry yang mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC) ke-32 dan AMM Retreat di Sekretariat ASEAN, turut mengadakan mesyuarat sampingan dengan rakan sejawat dari Vietnam, Bui Thanh Son dan Timor Leste, Adaljiza Magno untuk mengukuhkan hubungan dua hala.

“Malaysia menyokong kemasukan negara Timor Leste sebagai negara ASEAN yang ke-11,” katanya.

Menteri Luar ASEAN semalam, mengalu-alukan penyertaan Timor Leste sebagai pemerhati untuk kali pertama pada mesyuarat dipengerusikan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi.

"Malaysia antara negara yang sangat konsisten sejak kami mengemukakan permohonan untuk menjadi anggota penuh ASEAN,” kata Magno kepada pemberita selepas pertemuan dengan Zambry.

Beliau berkata, penyertaan Timor Leste dalam ACC dan AMM Retreat sebagai pemerhati adalah batu loncatan untuk menjadi ahli penuh.

Negara berkenaan, katanya, sedang berusaha memenuhi keperluan berdasarkan garis panduan diluluskan negara anggota ASEAN dan menyediakan pelan hala tuju untuk menjadi ahli penuh pada masa hadapan.

“Timor Leste mempunyai kerjasama dua hala sangat kukuh dengan Malaysia,” kata Magno sambil menambah bahawa Malaysia membantu membina semula negara berkenaan sejak merdeka, terutamanya dalam pembinaan kapasiti dan melatih diplomat. – Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

ASEAN Main Peranan Besar Sebagai Jambatan Penyatuan Serantau - PM

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Timor-Leste Secara Rasmi Sertai ASEAN, Lengkapkan Peta Asia Tenggara

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Pertemuan Dengan Trump Berjalan Ikut Jadual, PM Terima Memorandum Sokongan 16 NGO

4

Pendidikan 7 bulan yang lalu

102 Sekolah Di KL, Selangor Laksana PdPR Dan BDR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 - KPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad