web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kehilangan Lelaki Warga India Terjawab, Dibunuh Rakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 6:10PM

Motif pembunuhan itu dipercayai disebabkan mangsa mengetahui hubungan sulit antara suspek dengan isterinya - Gambar Polis Subang Jaya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Misteri kehilangan seorang lelaki warganegara India sejak hampir setahun lalu, terbongkar apabila disyaki menjadi mangsa bunuh rakan senegaranya pada Mei tahun lalu.

Mangsa dipercayai dibunuh sebelum mayatnya ditanam di lereng bukit belakang sebuah rumah banglo di Subang Jaya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada orang awam berkaitan pendedahan seorang lelaki yang mengaku membunuh dan menanam mayat mangsa.

Menurutnya, laporan itu diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 4.45 petang kelmarin.

Susulan itu, katanya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Ampang Jaya, menjalankan soal siasat terhadap suspek.

“Suspek kemudian menunjukkan lokasi kejadian mangsa berusia 25 tahun terbabit dibunuh pada Mei tahun lalu, iaitu di lereng bukit di belakang sebuah banglo di Subang Jaya.

“Kejadian bunuh itu berlaku di banglo berkenaan yang dijadikan sebagai pusat jagaan orang tua, dengan mangsa dipercayai dikelar di leher menggunakan pisau,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Wan Azlan berkata, hasil pemeriksaan dilakukan pihak forensik menemui bungkusan plastik dipercayai digunakan untuk membalut badan mangsa. 

“Susulan itu, kami menahan isteri mangsa dan kekasihnya yang juga warga India, selain dua wanita tempatan serta seorang wanita rakyat Indonesia berusia antara 25 hingga 35 tahun yang bekerja di pusat jagaan orang tua berkenaan bagi membantu siasatan. 

“Semakan dilakukan mendapati kedua-dua suspek warga India tidak mempunyai pasport dan kesemua suspek yang ditahan tiada rekod jenayah,” katanya. 

 Beliau berkata, motif pembunuhan itu dipercayai disebabkan mangsa mengetahui hubungan sulit antara suspek dengan isterinya. 

“Suruhanjaya Tinggi India ada membuat laporan polis mangsa hilang pada Mei 2022, selepas menerima aduan daripada ahli keluarganya di India yang memaklumkan lelaki itu tidak dapat dihubungi. 

“Setakat ini, senjata pembunuhan dalam kejadian ini (pisau) masih belum ditemui dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah di daerah ini boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 untuk tindakan lanjut,” katanya. - Getaran, 4 Februari 2023

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 15 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad