web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hanya 1.9 Peratus Populasi Johor Dapatkan Suntikan Dos Penggalak Kedua

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 5:33PM

Orang ramai disarankan untuk mendapatkan suntikan itu bagi melindungi diri daripada kesan penyakit COVID-19, khususnya mereka yang mempunyai penyakit kronik dan berisiko tinggi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Peratusan individu di Johor yang mendapatkan suntikan dos penggalak kedua dilihat masih rendah iaitu 1.9 peratus daripada keseluruhan populasi rakyat di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Ling Tian Soon.

Justeru, katanya orang ramai disarankan untuk mendapatkan suntikan itu bagi melindungi diri daripada kesan penyakit COVID-19, khususnya mereka yang mempunyai penyakit kronik dan berisiko tinggi.

“Kalau boleh, kita hendak cuba sedaya-upaya meningkatkan jumlah rakyat yang terima dos penggalak kedua dan pergiat lagi program vaksinasi ini,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran projek Akuagro Rukun Tetangga Johor, di sini, hari ini.

Katanya suntikan dos penggalak boleh didapati di hospital kerajaan atau klinik kesihatan yang berdekatan dan pihaknya telah menggunakan pelbagai saluran bagi menggalakan orang ramai mendapatkan suntikan dos penggalak kedua vaksin COVID-19.

Ling bagaimanapun berkata setakat ini kerajaan negeri tidak meletakkan sebarang sasaran suntikan dos penggalak kedua, memandangkan situasi COVID-19 dilihat masih terkawal.

Beliau berkata bagi dos penggalak vaksin COVID-19 yang pertama, sebanyak 56.7 peratus daripada populasi keseluruhan negeri ini telah menerima suntikan berkenaan, setakat ini.

Sementara itu, Ling berkata kerajaan negeri menyasarkan mewujudkan 100 tapak bagi pelaksanaan Program Akuagro Rukun Tetangga Johor dalam tempoh tiga tahun.

Beliau berkata sebanyak 34 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh Johor telah mengusahakan program itu yang melibatkan tanaman sayuran dan ikan di dalam komuniti mereka.

“Sebanyak 20 lagi projek tambahan program ini akan dilaksanakan tahun ini dan melalui projek ini sekurang-kurangnya kita dapat membantu menangani masalah sekuriti makanan dalam komuniti, khususnya rakyat Johor,” katanya yang turut menyampaikan peruntukan sebanyak RM230,000 untuk peluasan 20 projek Akuagro RT bagi tahun ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 2 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi