web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembukaan Tanah Di Taman Negeri Selangor Untuk Pelaksanaan Projek ECRL - Exco

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 3:59PM

Hee Loy Sian berkata, JPNS sudah mengeluarkan kebenaran melalui Permit Penggunaan untuk pelaksanaan projek berkenaan di kawasan hutan simpanan kekal pada Julai 2022 - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) mendapati dakwaan aktiviti pembukaan tanah dalam kawasan Taman Negeri Selangor, sebenarnya adalah sebahagian daripada pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, JPNS sudah mengeluarkan kebenaran melalui Permit Penggunaan untuk pelaksanaan projek berkenaan di kawasan hutan simpanan kekal pada Julai 2022.

Beliau menjelaskan, pelaksanaan ECRL umumnya diluluskan Jemaah Menteri pada 2 September 2021 dan dipersetujui Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) Ke-19 pada 21 Oktober 2021. 

Jelasnya, kerajaan Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 24 November 2021 bersetuju dengan Cadangan Pindaan Asal Jajaran Seksyen C meliputi kawasan dari Bentong-Gombak-Serendah-Pelabuhan Klang.

Katanya, pelaksanaan ERCL di negeri berkenaan disyaratkan untuk mematuhi segala peraturan dan prosedur ditetapkan agensi teknikal berkaitan.

“Sebagai rekod, kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi Seksyen C2 (Gombak-Serendah-Pelabuhan Klang) diperoleh oleh pihak Malaysia Rail Link (MRL) pada 30 Nov 2021,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan berhubung dakwaan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mengenal pasti berlakunya aktiviti pembukaan dan pembersihan tanah, membabitkan empat kawasan dalam Taman Negeri Selangor.

Hee berkata, kerajaan Selangor berpendirian bahawa projek ECRL tersebut wajar untuk dilaksanakan, memandangkan ia akan menyumbang kepada kepentingan kesejahteraan masyarakat, selain menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.

“Sehingga kini, pelaksanaan projek ECRL di kawasan Taman Negeri Selangor sentiasa dikawal supaya mematuhi peraturan dan syarat ditetapkan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

2

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 13 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar