web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Sungai, Air Terjun Di Kuala Krai Dikenal Pasti Berlaku Kepala Air

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 4:03PM

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Krai sedang melakukan tinjauan paras air sungai Kelantan berikutan hujan lebat di jajahan itu sejak minggu lalu di Tangga Krai hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KRAI - Lima sungai dan air terjun di Kuala Krai setakat ini dikenal pasti sebagai kawasan perkelahan yang berisiko dilanda fenomena kepala air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata antara lokasi terbabit ialah Lata Rek, Lata Berangin, Lata Y, Sungai Kenerong dan kawasan sungai di Chucuh Puteri.

"Saya harap orang awam tidak melakukan sebarang aktiviti di lokasi berkenaan kerana bimbang akan berlaku fenomena kepala air memandangkan hujan lebat yang tidak menentu ketika ini.

"Malah, saya juga tidak menggalakkan orang awam untuk melakukan aktiviti memancing di kawasan berisiko kerana paras air di beberapa sungai utama telah menunjukkan peningkatan," katanya ketika ditemui Bernama di Tangga Krai, di sini hari ini.

Beliau berkata orang awam perlu peka dengan keadaan sekeliling terutama di kawasan perkelahan dengan mengetahui petanda awal fenomena tersebut seperti bunyi deruan air yang kuat, perubahan air daripada jernih kepada keruh dan air menjadi berbuih serta membawa sampah.

"Pihak kami sentiasa bersiap sedia untuk memberi segala bantuan dan pertolongan sekiranya menerima panggilan daripada orang awam apabila berlakunya perkara tidak diingini di kawasan terlibat," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Insiden Kepala Air: 45 Individu Berjaya Diselamatkan

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Ni Punya Dahsyat, Tak Hairan Nyawa Boleh Melayang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Korban Nahas Kuala Krai Meningkat 4 Orang

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad