Berita Terkini

7 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 7 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 7 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 7 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 7 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Rakyat Jatuh Muflis: Panjangkan Semula Had Tempoh Bayaran Pinjaman Kepada 20 Tahun

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 3:32PM

Langkah memanjangkan semula tempoh pembiayaan, wajar dilaksanakan semula ketika rakyat sedang terkesan susulan dengan peningkatan kos sara hidup serta pasca COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) supaya meneliti untuk memanjangkan semula had tempoh bayaran pinjaman, termasuk pembiayaan peribadi daripada 10 tahun kepada 20 tahun.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, pihaknya melahirkan kebimbangan susulan laporan mengatakan bahawa hutang pinjaman peribadi dan sewa beli kenderaan, menjadi antara faktor penyumbang utama menyebabkan rakyat negara ini jatuh bankrap sejak lima tahun lalu.

“CUEPACS melahirkan kebimbangan berhubung keperluan rakyat ketika ini yang terpaksa berhutang bagi meneruskan kehidupan, disebabkan gaji tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup tinggi ketika ini.

“Disebabkan itu, kita lihat ramai rakyat Malaysia terpaksa melakukan pinjaman peribadi untuk menampung keperluan mendesak. Bagaimanapun tempoh pembiayaan singkat, iaitu maksimum 10 tahun menyebabkan ansuran bulanan menjadi tinggi, sehingga pendapatan boleh guna peminjam itu terjejas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dilaporkan berkata, jumlah kes kebankrapan didaftarkan pada 2018 sehingga 2022 adalah sebanyak 49,133 kes dengan 5,695 kes direkodkan pada tahun lalu.

“Manakala, kes dilepaskan Sijil KPI di bawah Seksyen 33A Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] bagi tempoh sama adalah 87,427 kes.

“Berdasarkan statistik 2022, secara purata sebanyak 16 kes kebankrapan didaftar setiap hari. Bagaimanapun jumlah kes kebankrapan dilepaskan melalui Sijil KPI bagi tempoh sama secara purata, sebanyak 27 kes setiap hari,” katanya.

Adnan menambah, pihaknya berpandangan langkah memanjangkan semula tempoh pembiayaan, wajar dilaksanakan semula ketika rakyat sedang terkesan susulan dengan peningkatan kos sara hidup serta pasca COVID-19 kerana jumlah bayaran balik pinjaman akan menjadi lebih rendah.

Ujarnya, bayaran semula pinjaman yang rendah itu, membolehkan rakyat mempunyai lebih banyak pendapatan boleh guna untuk dibelanjakan.

“Mereka yang mahu melakukan pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi untuk berniaga, tidak begitu bimbang kerana bayaran bulanan pinjaman tersebut akan menjadi lebih rendah jika had tempoh pembiayaan dipanjangkan.

“Mana-mana rakyat terjejas pendapatan mereka juga boleh membuat penstrukturan semula tempoh dan bayaran bulanan kepada jumlah lebih mampu. Penstrukturan semula pinjaman boleh mengelakkan masalah kebankrapan atau muflis daripada berlaku,” katanya.

Secara keseluruhannya, Adnan memberitahu, langkah tersebut juga dijangka merancakkan semula ekonomi kerana pendapatan boleh guna rakyat, lebih tinggi serta mengurangkan tekanan hidup mereka.

Dalam masa sama, katanya, operasi perniagaan koperasi kredit dan institusi kewangan dikawal selia BNM boleh berkembang semula.

“Lebih penting adalah ia mampu memberi peluang kedua kepada rakyat yang mungkin terhimpit, sehingga perlu melalui proses kebankrapan menstruktur semula kewangan mereka. Ia memberi situasi menang-menang kepada rakyat yang boleh menjalani hidup seperti biasa tanpa perlu melalui proses kebankrapan,” katanya.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, pada 2013, BNM mengeluarkan pekeliling memendekkan tempoh pembiayaan peribadi dari 25 tahun kepada 10 tahun dan pinjaman perumahan dari 45 tahun kepada 35 tahun.

Langkah tersebut, jelasnya, mengakibatkan jumlah bayaran bulanan perlu dibayar peminjam baharu menjadi lebih besar, sekali gus mengurangkan jumlah pendapatan boleh guna mereka.

Katanya, CUEPACS berpendapat langkah BNM ketika itu turut memberi kesan kepada pendapatan boleh guna rakyat yang mahu melakukan pinjaman, apatah lagi dengan situasi harga rumah meningkat begitu drastik pada waktu tersebut. - Getaran, 4 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Cagaran Wang Caruman KWSP Untuk Buat Pinjaman Bank Tidak Bercanggah Akta KWSP - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kerajaan Berhubung Dengan Bank Sediakan Moratorium Mangsa Banjir - PM Anwar

3

Semasa 2 minggu yang lalu

50.3 Peratus Akaun Pinjaman Isi Rumah Tidak Terjejas Kenaikan OPR - Ahmad Maslan

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Gaji Penjawat Awam: PM Minta JPA Bincang Dengan CUEPCAS

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KKM Batal Notifikasi 6 Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual

Semasa 14 jam yang lalu

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Sedia Bekerjasama Dengan Afghanistan - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Dasar, Rang Undang-Undang Dalam Usaha Menyahjenayah Cubaan Bunuh Diri Bakal Dimuktamad