web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kafe Rahmah Bakal Diperkenal Kepada Mahasiswa, Tawar Harga Makanan Berpatutan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 1:05PM

Inisiatif berkonsepkan sama yang dinamakan Kafe Rahmah itu merangkumi tawaran makanan tengah hari percuma, selain diskaun sehingga 50 peratus bagi sarapan pagi dan makan malam. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas pelaksanaan program Menu Rahmah untuk golongan kurang berkemampuan menerima sambutan menggalakkan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal memperluaskan inisiatif berkenaan kepada mahasiswa dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, inisiatif berkonsepkan sama yang dinamakan Kafe Rahmah itu merangkumi tawaran makanan tengah hari percuma, selain diskaun sehingga 50 peratus bagi sarapan pagi dan makan malam untuk golongan tersebut.

“Tunggu dalam masa sebulan lagi, kita akan buat pula Kafe Rahmah dengan satu kali makan tengah hari percuma dan insya-Allah, sarapan pagi dan makan malam kita akan beri diskaun sehingga 50 peratus.

“Tunggu pula kehadiran Kafe Rahmah untuk pelajar universiti kita,” katanya menerusi klip video di media sosial hari ini.

Berdasarkan logo dipamerkan pada video tersebut, Kafe Rahmah akan menggunakan slogan ‘Kasih Sayang’.

Sebelum ini, media melaporkan mengenai isu sebilangan mahasiswa universiti terpaksa mengikat perut, termasuk hanya makan sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung kepada sebuku roti untuk dua hari untuk berjimat akibat kekangan kewangan.

Pada masa sama, Salahuddin memberitahu, mahasiswa juga boleh membeli Menu Rahmah dengan hanya pergi ke pasar raya Mydin atau restoran mamak terlibat untuk mendapatkan hidangan tersebut.

“Bagi mahasiswa universiti, kalau berada berhampiran dengan pasar raya Mydin atau pun restoran mamak, boleh pergi dan cakap sahaja saya nak Menu Rahmah,” katanya.

Semalam, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata, kementeriannya akan melaksanakan Program Menu Rahmah di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam masa terdekat,

Katanya, kementerian sedang bekerjasama dengan KPDN untuk melaksanakan program berkenaan.

Terdahulu, Kerajaan Perpaduan memperkenalkan Menu Rahmah, iaitu hidangan makanan pada harga RM5 dan ke bawah kepada golongan kurang berkemampuan, khususnya B40 bermula 31 Januari lalu bagi memastikan mereka dapat membeli makanan di restoran pada harga berpatutan.

Menerusi usaha itu, lebih 15,000 restoran daripada tujuh persatuan pengusaha makanan dan minuman, memberi komitmen menyediakan Menu Rahmah di premis masing-masing.

Usaha itu menerima sambutan menggalakkan daripada rakyat yang kebanyakannya berpuas hati dengan kualiti, mahupun kuantiti makanan tengah hari ditawarkan dengan harga serendah RM4.90.

Manakala, ada peniaga yang menawarkan Menu Rahmah memaklumkan perniagaannya semakin mendapat sambutan dengan 100 set hidangan itu terjual setiap hari. - Getaran, 4 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Salahuddin Seolah Tahu Akan ‘Pergi’ — Setiausaha Akhbar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Salahuddin Amat Menjaga Solat, Konsisten Amalkan Sunat Dhuha - Mujahid

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Payung Rahmah Perlu Diteruskan - Ahmad Zahid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jenazah Salahuddin Tiba Di Tanjung Piai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan