web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syor Sesi Persekolahan Bermula 8 Pagi Bukan Keutamaan KPM Ketika Ini - Fadhlina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 10:09PM

KPM mengambil maklum cadangan itu dan pandangan yang dibuat pelbagai pihak berhubung syor itu, namun pihaknya memutuskan ia bukan sesuatu yang perlu diberi keutamaan ketika ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) belum membuat sebarang ketetapan berhubung cadangan sesi persekolahan di Semenanjung dianjakkan kepada pukul 8 pagi, kata Menterinya Fadhlina Sidek.

Beliau berkata KPM mengambil maklum cadangan itu dan pandangan yang dibuat pelbagai pihak berhubung syor itu, namun pihaknya memutuskan ia bukan sesuatu yang perlu diberi keutamaan ketika ini.

"Kita mendengar pandangan itu tetapi pastinya kementerian juga perlu mengambil kira maklum balas ibu bapa serta semua pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan.

Saya pasti semua cadangan ini akan saya ambil kira tetapi untuk hari ini tidak ada ketetapan yang kita buat berkaitan cadangan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perdana Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) 2023 di sini hari ini.

Beberapa hari lepas, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Anuar Ahmad mencadangkan kerajaan menetapkan sesi persekolahan di Semenanjung bermula 8 pagi.

Katanya, langkah itu bagi memastikan guru, ibu bapa dan anak mempunyai masa mencukupi bagi mengatur jadual perjalanan masing-masing.

Sesi persekolahan ketika ini bermula pukul 7.30 pagi.

Terdahulu, Fadhlina dalam ucapannya mahu NUTP terus menjadi rakan strategik KPM dengan melakukan proses semak dan imbang terhadap setiap dasar serta penambahbaikan dalam sektor pendidikan yang telah dan akan dilaksanakan kementerian.

"Saya yakin dengan peranan yang boleh dimainkan NUTP, khususnya dalam soal menjaga kebajikan warga guru dan atas faktor itu saya tidak keberatan melantik Presiden NUTP sebagai ahli dalam Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

2

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

3

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

4

Pendidikan 6 bulan yang lalu

SPM Tidak Dimansuh, Kekal Kelayakan Tamat Sekolah Terpenting - Fadhlina

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar