Berita Terkini

8 jam yang lalu: Rohana pulangkan AS$10 juta, aset 1MDB kepada kerajaan 8 jam yang lalu: Manfaatkan Ramadan untuk bentuk penyatuan Ummah - Ahmad Zahid 8 jam yang lalu: Hanya 6.3 peratus atau 2.1 juta rakyat ada ilmu asas pertahanan awam 8 jam yang lalu: Menteri KDN diminta pertimbang lanjut PLKS dalam 3 subsektor 10 jam yang lalu: MAHB catat pergerakan penumpang lebih tinggi pada Februari

IKUTI KAMI


'Troopers' Prasarana Bantu Pergerakan Penumpang Di Stesen LRT Raih Pujian Ramai

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 10:19AM

Meskipun berlaku penambahan luar biasa jumlah penumpang pada waktu puncak, kehadiran petugas Prasarana atau digelar 'Troopers' itu telah berjaya mengawal keadaan. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelibat petugas Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berada di beberapa stesen Transit Aliran Ringan (LRT) bagi membantu memudahkan pergerakan penumpang susulan penutupan LRT Laluan Ampang antara stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya mendapat pujian ramai.

Tinjauan Bernama di stesen Hang Tuah mendapati meskipun berlaku penambahan luar biasa jumlah penumpang pada waktu puncak, kehadiran petugas Prasarana atau digelar 'Troopers' itu telah berjaya mengawal keadaan dan melancarkan pergerakan penumpang di stesen LRT yang terlibat.

Mereka yang ditugaskan mengikut syif itu sentiasa bersedia membantu penumpang LRT dengan ada dalam kalangan mereka memegang sepanduk dan menggunakan pembesar suara bagi menyampaikan informasi laluan dengan lebih jelas dan dapat didengari. 

Pengguna tegar LRT terutamanya mereka yang menjadikan perkhidmatan tersebut sebagai pengangkutan ulang-alik ke tempat kerja pula kelihatan sudah memahami perubahan laluan sementara yang telah ditetapkan oleh pihak Prasarana.

Seorang petugas Prasarana, Farah Nassuha Mohammad Rafi berkata beliau gembira ditugaskan dalam situasi tersebut kerana berpeluang berkomunikasi secara terus dengan penumpang LRT bagi membantu menyampaikan informasi perjalanan.

Walaupun terpaksa berdiri lama dan memberi arahan dalam keadaan penumpang LRT yang sesak, tapi saya berpuas hati apabila dihargai dengan ada yang thumbs up dan mengucapkan terima kasih terhadap apa yang kami lakukan," katanya.

Farah Nassuha yang telah ditugaskan sejak hari pertama kejadian berkata beliau dapat melihat penumpang LRT kini sudah peka dengan perubahan laluan yang berlaku berbanding pada peringkat awal mereka masih keliru dan kehairanan.

Pada 27 Jan lepas, perkhidmatan LRT laluan Ampang mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen Bandaraya selain kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan dipercayai disebabkan kerja-kerja pembinaan di kawasan bersebelahan.

Susulan itu, Prasarana terpaksa menutup laluan antara stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya dan penumpang LRT terpaksa menggunakan laluan alternatif yang disediakan termasuk bas bagi meneruskan ke destinasi masing-masing.

Prasarana turut menempatkan seramai 348 kakitangannya merangkumi anggota polis bantuan dan kakitangan sokongan berada di stesen-stesen utama bagi mengawal pergerakan dan perjalanan penumpang LRT.

Seorang penumpang LRT, Azian Abdullah berkata berikutan penutupan sementara LRT Laluan Ampang antara stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya, beliau terpaksa turun di Stesen Hang Tuah dan menggunakan monorel ke Stesen Titiwangsa untuk ke tempat kerja.

"Saya tinggal di Ampang dan lazimnya akan menggunakan LRT Laluan Ampang bermula dari Stesen Cempaka terus ke Stesen Titiwangsa, tapi sekarang terpaksa menggunakan laluan alternatif yang telah disediakan.

"Pada awal agak kelam-kabut dan ragu-ragu kerana tidak tahu situasi pergerakan, tapi lama-kelamaan keadaan semakin ok ditambah pula dengan penjelasan yang diberikan petugas Prasarana yang sangat membantu," katanya.

Tinjaun di laman sosial Facebook Rapid KL, orang ramai turut menghamburkan pujian dan memberi kata-kata semangat atas dedikasi petugas yang membantu penumpang LRT dalam situasi mencabar itu. 

Noor Ellina Jaafar berkata, “tengok muka petugas yang letih rasa kesian…cuma mampu tunduk sikit tanda hormat dan cakap ‘terima kasih’, Amazing team!'. 

Kak Lel pula menulis, “Saya salute petugas Rapid KL. Sangat clear depa nya arahan. Penumpang tak pening nak ke destinasi masing-masing”.

Turut meluahkan perkara sama Liana Yanaz yang berkata, “Saya naik, start dari hari pertama train ini problem sampai la sekarang, Alhamdulillah nampak semua staf sangat membantu..kesian dekat diorang yang menjerit-jerit sampai ada yang tiada suara.. apa-apa pun,terima kasih Rapid KL team.” - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Gangguan LRT Laluan Kelana Jaya: Rapid Rail Aktifkan Rel Alternatif

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Prasarana Laksana Projek Rintis Van E-Panggilan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Gangguan Perkhidmatan LRT Ampang: DBKL Arah Henti Kerja Projek Menara SOHO

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Waktu Puncak LRT Laluan Ampang-Sri Petaling, Monorel Dilanjutkan Mulai Hari Ini

Sorotan

1

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 Dibuka

2

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

3

Skim Rumah Pertamaku Wajar Diteruskan, Harap Kerajaan Bantu Rakyat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Cadangan Mrsm Berbayar, Kos Haji Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 2 Lelaki, Rampas Dadah Bernilai RM3.22 Juta

Semasa 9 jam yang lalu

Inisiatif Pemilikan Rumah Diteruskan, Jaminan Pembiayaan Perumahan Sehingga RM5 Bilion - KPKT

oleh Sofian Baharom

Semasa 10 jam yang lalu

MAHB Catat Pergerakan Penumpang Lebih Tinggi Pada Februari