web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selepas PM, Johari Pula Didakwa Lantik Anak Jadi Pegawai Parlimen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 1:08PM

Johari Abdul - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perpaduan didakwa seolah-olah menghalalkan lantikan bersifat nepotisme apabila Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul turut melantik anaknya sebagai pegawai Parlimen.

Penyelaras Penerangan Perikatan Nasional (PN), Badrul Hisham Shaharin mendakwa Johari melantik anaknya, Mohammed Iqbal sebagai Pegawai Tugas Tugas Khas (PTTK) kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Lebih mencurigakan, beliau berkata, menerusi direktori Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat jawatan PTTK 1 sebelum ini tertera nama ‘Mohammed Iqbal bin Johari’, namun selepas kes lantikan Nurul Izzah menjadi isu, nama tersebut hanya diletak sebagai ‘Mohammed Iqbal’.

 Badrul Hisham Shaharin
Badrul Hisham Shaharin

“Speaker Dewan Rakyat lantik anak sendiri sebagai pegawai dalam Parlimen? Kerajaan Madani sembang kari ini betul.

“Terbaharu, mohon Datuk Johari Abdul menjawab. Adakah benar Pegawai Tugas Tugas Khas kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat anak kamu?

“Bukan apa, dalam direktori Pejabat YDP Dewan Rakyat PTTK 1 tertera nama ‘Mohammed Iqbal bin Johari’ tapi lepas kes Nurul Izzah, kantoi nama Mohammed Iqbal (kini diletakkan) tanpa ‘bin Johari’,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Badrul Hisham mendakwa, pihaknya menerima keluhan daripada pegawai perkhidmatan awam di Parlimen mengenai beberapa perangai ahli politik kerajaan yang bermewah dan menggunakan kedudukan mereka sewenang-wenangnya. 

“Nak rahsia apa? Kenapa dalam direktori semua (nama kakitangan) ada bin tapi satu nama tak ada bin, nak tipu siapa?

“Adakah lepas ni akan kata tak dapat gaji juga,” katanya.

Pada Disember lalu, Johari yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu.

Beliau yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh 147 undi berbanding 74 undi diterima mantan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.

Johari berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani selama tiga penggal, namun tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) November lalu dan digantikan anaknya, Dr Mohammed Taufiq Johari yang menjadi calon tunggal PH menang di Kedah.

Beliau menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun yang mengesahkan akan mengosongkan kedudukannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum Parlimen bersidang pada 2 Disember lalu. - Getaran, 2 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan