web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Parkir Tambahan Dibuka, Atasi Kesesakan Kenderaan Di HSI

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 9:15AM

Onn Hafiz Ghazi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kawasan meletak kereta tambahan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Baru akan dibuka hari ini bagi mengatasi isu kesesakan kenderaan di premis terbabit.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan memandang serius isu tersebut yang sering menjadi rungutan pengunjung selama ini.

“Syukur Alhamdulillah, sukacita saya maklumkan bahawa tempat meletak kereta tambahan di HSI akan dibuka hari ini.

“Semoga tambahan ini dapat mengurangkan keadaan kesesakan kenderaan di HSI, yang sering menjadi rungutan selama ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, pada Ogos tahun lalu, kerajaan negeri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi kerja menaik taraf kawasan tempat letak kereta di HSI.

Katanya, kerajaan negeri juga sebelum ini telah mengumumkan peruntukan RM95,000 bagi penggantian bumbung polycarbonate serta kerja berkaitan, dan juga RM75,000 bagi kerja pembekalan kerusi berangkai di ruang menunggu.

“Yakinlah bahawa kerajaan negeri akan sentiasa berusaha yang termampu untuk membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam meningkatkan mutu perkhidmatan, bukan sahaja dari sudut rawatan kesihatan, tetapi juga dari sudut penambahbaikan infrastruktur, demi kesejahteraan Bangsa Johor,” katanya. - Getaran, 2 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad