web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes ‘Hasil Haram’: SPRM Beku Beberapa Akaun BERSATU

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 4:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya membekukan beberapa akaun milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, tindakan itu diambil bagi membantu siasatan berhubung kes wang disyaki diperoleh daripada hasil haram (illegal proceeds).

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pengesahan itu dibuat susulan laporan media hari ini bahawa beberapa akaun milik parti dipimpin mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibeku.

Laporan itu mendakwa, pembekuan tersebut dipercayai ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana pakej rangsangan berjumlah RM92.5 bilion, disalurkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) susulan COVID-19.

Pada Disember tahun lalu, SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, Kementerian Kewangan menyerahkan butiran berhubung pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan kerajaan pada tahun 2020 dan 2021, berkaitan pengurusan pandemik itu.

Menerusi kenyataan itu, suruhanjaya terbabit berkata, siasatan awal mendapati jumlah peruntukan terlibat dianggarkan RM530 bilion, namun jumlah membabitkan dana kerajaan hanya RM92.5 bilion.

Justeru, fokus siasatan SPRM akan terarah kepada dana sebanyak RM92.5 bilion, selepas perincian berhubung jumlah itu diterimanya.

Manakala, pada Januari lalu, seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta, ditahan reman selama lima hari kerana disyaki menjadi ‘orang tengah’ dalam pengagihan projek kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi yang dilaksanakan kerajaan terdahulu.

Lelaki berusia 42 tahun itu adalah seorang daripada lima individu yang sedang disiasat SPRM berhubung pembabitan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi diumumkan kerajaan sepanjang tahun 2020 hingga 2022.

Mereka yang disiasat itu dipercayai menjadi dalang atau orang tengah kepada beberapa syarikat untuk memperoleh projek, bernilai antara RM50 juta hingga RM500 juta secara runding terus. - Getaran, 1 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 17 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad