web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MMA Bidas Kerajaan Minta Pegawai Perubatan Pindah Saat Akhir, Tuntut Pampasan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 3:12PM

Dr Muruga menegaskan pengurusan penempatan baharu, memerlukan notis awal kerana ia membabitkan komitmen kewangan, seperti membayar sewa, kos perjalanan dan memerlukan mereka mencari penginapan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) membidas tindakan kerajaan yang didakwa mengarahkan pegawai perubatan berpindah ke negeri lain dengan notis pertukaran singkat, bagi menangani masalah kekurangan tenaga kerja kesihatan itu.

Menerusi kenyataannya, Presiden MMA, Dr Muruga Raj Rajathurai menuntut kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu itu dan memberi pampasan kepada pegawai perubatan yang terbabit, susulan kesulitan dialami mereka kerana arahan saat akhir berkenaan.

Dr Muruga Raj Rajathurai
Dr Muruga Raj Rajathurai

“Adalah tidak munasabah untuk meminta pegawai perubatan terbabit melaporkan diri untuk bertugas di negeri lain dalam masa singkat.

“Kami berharap Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dapat menyelesaikan isu ini, selain memperbetulkan jabatan yang bertanggungjawab terhadap perancangan yang tidak sistematik ini,” katanya.

Dr Muruga menegaskan, pengurusan penempatan baharu, memerlukan notis awal kerana ia membabitkan komitmen kewangan, seperti membayar sewa, kos perjalanan dan memerlukan mereka mencari penginapan.

Bagi sesetengah pegawai perubatan itu, katanya, mereka turut perlu membuat perancangan untuk keluarga.

“Jika mereka adalah ibu bapa, mereka mungkin perlu membawa anak-anak bersama dan mencari pusat jagaan kanak-kanak atau mendaftarkannya di sekolah baharu,” katanya sambil menambah kerajaan mesti memastikan isu itu tidak berulang.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan dibuat netizen di media sosial berhubung isu arahan penempatan saat akhir diterima pegawai perubatan.

Terdahulu, seorang pengguna, @ncileo meminta KKM supaya tidak memberikan notis pertukaran penempatan pada saat akhir kepada pegawai perubatan.

“Pegawai perubatan diminta melaporkan diri untuk bertugas di penempatan baharu dalam masa sehari selepas menerima arahan ini.

“Langkah dikenakan KKM dalam menempatkan tenaga kerja itu bagi mengatasi kekurangannya wajar, tetapi tidak adil dengan notis singkat, terutama bagi mereka yang terpaksa berpindah ke negeri lain.

“Ada yang mempunyai keluarga dan komitmen lain yang memerlukan mereka membuat perancangan dengan lebih baik. Ini perlu diubah,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, @renugkha berkata, dia terpaksa pulang dari Pahang ke Kedah dan kemudian, perlu ‘mengurangkan’ jumlah bagasi kepada hanya beberapa beg untuk berpindah ke Kuching, Sarawak.

“Saya diberitahu untuk melaporkan diri bertugas pada keesokan harinya,” katanya. – Getaran, 1 Februari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 46 minit yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar