web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia MADANI Bukan Retorik, Ia Fasa 'Tadarruj' - Shamsul Iskandar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 11:00AM

Konsep Malaysia MADANI ialah membangunkan negara yang mampan, sejahtera, berdaya cipta, saling menghormati, punyai keyakinan serta bersifat ihsan. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Konsep Malaysia MADANI diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan satu retorik, sebaliknya ia adalah fasa ‘tadarruj’.

Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, fasa itu menyaksikan pengukuhan dan pengupayaan perlu direalisasikan dengan iltizam, semangat serta harapan.

“Fasa ‘tadarruj’ di mana pengukuhan dan pengupayaan perlu direalisasikan dengan iltizam, semangat serta harapan yang diadun dengan sempurna dan istiqamah,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Beliau memuat naik ciapan itu selepas mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Shamsul Iskandar Md Akin
Shamsul Iskandar Md Akin

“Terima kasih pimpinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) atas kunjungan,” katanya.

Shamsul Iskandar berkata, ketika pertemuan itu, beberapa perkara dibicarakan berhubung soal pembinaan generasi muda menurut acuan Malaysia MADANI.

Ujarnya, mereka juga menyentuh perkara yang harus diberikan perhatian, termasuk isu tatakelola dan pembudayaan ilmu.

“Ayuh anak muda bangkit bersama kita angkat martabat generasi muda!,” katanya.

Terdahulu, Anwar ketika memberikan Amanat Perdana Menteri pada 19 Januari lalu, memperkenalkan kerangka dasar baharu untuk negara dikenali ‘Membangun Malaysia Madani’ (Malaysia MADANI).

Ia bagi mengemudi Kerajaan Perpaduan sepanjang tempoh pentadbirannya di Putrajaya.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, konsep kerangka itu diperkenalkan sebagai garis panduan dan ikhtiar kerajaan untuk memetakan strategi bagi mentadbir negara dengan berkesan.

Ujarnya, negara peradaban yang dicitakan dan akan dibangunkan kelak haruslah berkonsepkan madani iaitu mampan, sejahtera, berdaya cipta, saling menghormati, punyai keyakinan serta bersifat ihsan.

“Kita perlu melihat kepada kenyataan global pada hari ini, dalam dunia serba tidak menentu, ditandai dengan kerumitan, percanggahan, kekacauan dan keserentakan, suatu kerangka strategik komprehensif harus dibangunkan untuk mengemudi negara menempuh zaman yang ditakrifkan sebagai pasca normal.

“Pasca COVID-19 lebih kompleks dan kita lihat sifat kontradiksi pertembungan, kita lihat permasalahan berlaku dalam konteks yang rumit,” katanya,” katanya. – Getaran, 1 Februari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad