Berita Terkini

6 jam yang lalu: 11,000 ketua isi rumah di Selangor bakal terima manfaat Bakul Rahmah 6 jam yang lalu: Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC 6 jam yang lalu: Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini - Nancy Shukri 6 jam yang lalu: JPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara 11 jam yang lalu: Australia: Acara Earth Hour dibatalkan susulan amaran ribut petir

IKUTI KAMI


Tular Jeti Roboh, Pelajar ‘Jatuh’ Dalam Air: ‘Sampai Bila?’ - Syed Saddiq

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 10:28AM

Sekumpulan pelajar berpakaian sekolah rendah dibantu beberapa dewasa, dipercayai guru dan ibu bapa dibawa naik ke sebuah bot, selepas jeti dilalui mereka didakwa roboh. - Tangkap layar dari Twitter @KlutzyKucing

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus mempersoalkan infrastruktur di Sabah yang didakwa masih daif, sehingga ‘memperjudikan’ keselamatan pelajar di negeri berkenaan.

Ahli Parlimen itu mendakwa, apa yang mengecewakan situasi itu masih berlaku dan nasib golongan terbabit seolah-olah tidak dipedulikan, meskipun Sabah menerima peruntukan lebih RM6 bilion serta gaji menterinya tinggi pada tahun lalu.

Malah, beliau mempertikaikan sampai bila pelajar terbabit perlu berdepan situasi sama yang berbahaya itu dan merisikokan nyawa mereka.

 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

“Murid naik fyling fox, cikgu redah lumpur, jeti roboh.

“Sabah terima peruntukan RM6.3 bilion, antara negeri dengan peruntukan terbanyak. Gaji menteri naik RM30,000 tahun lepas!

“Tapi nasib anak sekolah di Sabah? Sampai bila?,” soalnya menerusi ciapan di video dikongsikannya di Twitter.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas video itu yang terdahulu dikongsikan pengguna Twitter, @KlutzyKucing, memaparkan sekumpulan pelajar berpakaian sekolah rendah dibantu beberapa dewasa, dipercayai guru dan ibu bapa untuk dibawa naik ke sebuah bot, selepas jeti dilalui mereka didakwa roboh.

Lebih menyedihkan, apabila seorang guru lelaki yang sedang membantu tergelintir sehingga jatuh ke dalam air menyebabkan pakaiannya basah sepenuhnya.

Kelihatan juga kumpulan pelajar terbabit lencun, dengan kedengaran suara sebahagian mereka menangis dalam video itu yang didakwa berlaku di Pulau Pababag, Semporna, Sabah ketika mereka mahu ke sekolah.

“Pulau Pababag Semporna katanya ini.

“Jeti roboh, kasihan guru dan budak sekolah.

“Jetinya dibaiki please,” menurut keterangan di video berdurasi 1 minit 28 saat itu.

Sejak dimuat naik tengah hari kelmarin hingga jam 10 pagi ini, video itu sudah ditonton lebih 1 juta pengguna, selain diulang ciap lebih 6,200 kali.

Meninjau ke ruangan komen, majoriti warga maya melahirkan simpati dan sebak melihat situasi berkenaan.

“Macam mana lah dengan buku latihan dan buku teks diaorang,” ciap @DarwisyAnuar

“Allahuuu... Yes, now U mention baru terpikir. Kos lagi tu bagi mereka (ganti buku),” kata @KlutzyKucing

“Nangis aku tengok video ni, syabas guru guru sekalian,” tulis @AraRoseSa86

“Kesian tengok cikgu baju putih tergelincir jatuh. Besar pengorbanan cikgu yang mengajar di kawasan pedalaman ni. Tak kurang juga adik-adik yang masih nak bersekolah walaupun terpaksa mengharungi cabaran untuk pergi dan balik sekolah. Harap pihak berwajib dapat buat tindakan pantas untuk isu macam ni,” luah @wallawaniey

Segelintir mereka pula mempertikaikan mengapa situasi itu masih berlaku di negeri berkenaan dan rakyatnya, terutama penduduk di pedalaman apabila harus ‘menderita’ berdepan situasi terbabit, meskipun kerajaan negeri mempunyai dana.

“Ya Allah kesiannya. Sabah bukannya dah dapat berjuta-juta duit petroleum? Kenapa tak baiki kemudahan di Sabah? Isu jalan, jambatan tu semua. Kesian kanak-kanak nak pergi sekolah,” ujar @muhd_azn.

“Tahniah Malaysia! Hilang dah malu. Hilang dah maruah. Sikit pun tak ada rasa kesian. 2023 rakyat masih naik bot/sampan nak pergi sekolah. Cerita kat dewan rakyat nak kejar jadi negara maju. Tak ada malu!,” kata seorang pengguna.

Ada pula membuat pautan komen berhubung perkata itu ke akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya beliau maklum mengenai isu terbabit.

“Datuk Seri @anwaribrahim, mohon arahkan Menteri Pendidikan ke sana segera dalam tempoh 24 jam untuk selesaikan masalah ini. Kesian budak-budak itu, nyawa jadi taruhan,” respon seorang pengguna.

Terdahulu pada Ogos tahun lalu, Syed Saddiq pernah berkongsi kisah lain sekumpulan pelajar di Sabah yang terpaksa beratur menaiki sampan kecil dan sempit untuk ke sekolah.

Pendedahannya berhubung perkara itu mengejutkan serta mengundang simpati ramai – Getaran, 1 Februari 2023

Sorotan

1

Hapus Monopoli PUSPAKOM Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan

2

KKM Teruskan Ops Kebersihan Di Bazar, Pastikan Keselamatan Makanan Diambil Berat

3

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PUSPAKOM Bukan Lagi Satu-satunya Agensi Pemeriksaan Kenderaan

oleh Danial Dzulkifly

Semasa 1 hari yang lalu

IJM Sedia Laksana Sistem Pembayaran Tol Secara Terbuka

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Keperluan Dialisis Meningkat, Kesedaran Kesihatan Buah Pinggang Perlu Ditingkatkan

Sukan 1 hari yang lalu

Populasi Kurang 150 Ekor Kini, KBS-FAM Ganding Bahu Perangi Kepupusan Harimau Malaya

oleh Sofian Baharom