web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Program Pembangunan Luar Bandar Harus Relevan, Tidak Bertindih - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 7:10AM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu meneliti keberkesanan semua program pembangunan luar bandar yang dilaksanakan ketika ini bagi memastikan ia relevan dan menepati keperluan kumpulan sasar kini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ini kerana populasi penduduk di kawasan luar bandar kini telah berubah daripada 70 peratus penduduk pada sekitar 1960-an, kepada 30 peratus penduduk ketika ini.

"Ertinya berlakusocial vertical mobility dan horizontal mobility, yakni berlaku perpindahan, urbanisasi, status sosial mereka telah berpindah melalui pendidikan, dan adakah agenda kementerian ini harus statik atau jumud dalam perkara sama.

"Jadi mereka yang berada di subbandar harus didepani, mereka berada dalam kawasan pendesaan harus ditekuni sebab mereka perlu (infrastruktur) komunikasi, infrastruktur, TVET, pendidikan… kita harus merelevankan semua program mengikut cita rasa kumpulan sasaran, bukan mengikut cita rasa menteri kerana menteri datang dan pergi," katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.

Ahmad Zahid turut menyentuh kepentingan koordinasi dalam pelbagai kementerian yang melaksanakan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi mengelak pertindihan serta memastikan keberkesanan kos.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan TVET berkata kini terdapat 11 kementerian yang melaksanakan program TVET dengan matlamat yang sama sehingga berlaku pertindihan program yang ditawarkan.

"Adakah ini cost effective? Cukuplah zaman kita menyalahkan kementerian dan menteri sebelum ini, kita harus bergerak ke hadapan melibatkan bukan hanya TVET tetapi latihan lain, bagaimana struktur sosial dan sosial illness pemuda harus diatasi.

"Ini menjadi agenda saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sosial sebab saya cakap bukan hanya sekadar (berkaitan) sebuah kementerian, saya melihat keseluruhannya, dari segi jamaknya sebuah komuniti, sebuah negara Madani yang harus berpaksikan ketamadunan baharu," katanya. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad