web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RM7 Juta Untuk Usaha 'Quick Win' Atasi Banjir Termasuk Banjir Termenung - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 9:27PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) melambaikan tangan kepada orang ramai selepas mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Seri Sejati hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Kerajaan meluluskan peruntukan segera RM7 juta untuk usaha ‘quick win’ bagi mengatasi masalah banjir di daerah ini, termasuk masalah banjir termenung, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata peruntukan tersebut, membabitkan penggalian parit-parit dan pembelian pam air, yang akan disalurkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi agensi pelaksana Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Dalam keadaan itu, langkah-langkah ‘quick win’ ini, akan dilakukan dalam tempoh seminggu dua ini untuk kita lihat keberhasilannya, terutamanya dalam mengorek parit-parit yang sebu dengan lumpur dan sampah sarap yang ada sehingga menyebabkan penyumbatan pengaliran.

“Selain itu, JPS juga cadangkan pam-pam air untuk mengepam air segera, terutamanya apabila air laut mula surut, pam ini akan digunakan sepenuhnya,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Ramai Sri Medan, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Azmi Rohani.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata bagi permohonan projek jangka panjang, iaitu rancangan tebatan banjir (RTB) di daerah ini berjumlah RM50 juta akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Memandangkan terdapat sekolah-sekolah yang sering digunakan sebagai PPS kerana lokasinya agak tinggi, beliau akan mengarahkan NADMA untuk membuat kerjasama pintar dengan sekolah-sekolah ini untuk mempunyai dewan tetap.

“Kita telah mendahulukan lapan sekolah terlebih dahulu di Johor melibatkan Mersing dan Batu Pahat.

“Kita akan membina dewan-dewan sekolah yang akan dijadikan PPS tetap, ertinya di luar musim banjir, dewan-dewan itu akan dapat digunakan untuk pihak sekolah terutamanya untuk aktiviti sekolah,” kata beliau. 

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat itu juga, akan mengarahkan Ketua Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk segera mewujudkan keanggotaan sebesar sebuah regimen, untuk setiap kawasan parlimen.

“Ini kita akan koordinasikan untuk seluruh 222 Parlimen di seluruh negara dan ini akan dilakukan, insya-Allah pada tahun ini juga.

“Kita harap dengan adanya kerja-kerja yang terkoordinasi ini, maka kita telah mengambil langkah-langkah ke hadapan, untuk membantu rakyat keseluruhannya,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Satu regimen bermaksud antara 300 sehingga 1,000 anggota dan pada masa ini, difahamkan Johor mempunyai 1,000 anggota APM di seluruh negeri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad