web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Nafi Tidak Ambil Tindakan Suami Isteri Dirakam Bertengkar

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2021 8:09AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menafikan pihaknya tidak mengambil tindakan berhubung kejadian sepasang suami isteri yang dirakam bertengkar di hadapan sebuah kedai di Sri Petaling, pada kira-kira 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata sebaliknya pasangan berkenaan enggan membuat laporan polis walaupun telah ke Balai Polis Sri Petaling dan dinasihati ketua balai untuk berbuat demikian.

Beliau berkata hasil siasatan polis melalui temu bual pasangan berusia 20-an itu mendapati berlaku salah faham antara mereka berkenaan penjagaan anak.

“Polis telah memberikan nasihat untuk berbuat demikian (buat laporan), tetapi mereka enggan dan telah berdamai serta beredar dari balai,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Menurut beliau, tidak lama selepas itu kejadian pertengkaran pasangan berkenaan tular di media sosial Twitter yang berdurasi seminit 10 saat yang dimuat naik oleh princess@radenzaharatul dan netizen bertindak melontarkan komen negatif mendakwa polis tidak menjawab telefon dan tidak bekerja.

Anuar berkata pihak polis telah mengambil tindakan sewajarnya dan apa yang ditularkan netizen adalah tidak benar sama sekali.

“Orang awam dinasihatkan agar berhati-hati dalam memberi komen yang boleh menjatuhkan imej polis dan persepsi orang awam terhadap polis,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad